0 5 ; this night

56 14 60
                                    

•••

« youngmi »

Aku tertunduk saat pandangan New kepadaku semakin tajam. Aduh, itulah diri sendiri. Suka sangat jadi judgemental. Buat kesimpulan melulu sesuka hati.

" Asal? Kau ingat aku gay?" tembak New.

Laju aku menafikan. Kepala aku gelengkan berulang kali, bersungguh sungguh. " Mana ada, sumpah!" - Tangan kanan aku angkat, tanda bersumpah aku tak buat. Lah sangat.

" Mesti kau ada mengumpat pasal aku kan?" tembaknya lagi. Double kill! Tembakan yang sangat tepat dan mengenai sasaran.

Chopstick aku letak ke tepi. Sudah mati selera kerana rahsia aku kutuk New lelaki serong bersama sama dengan Aeri terbongkar semudah ABC.

" Eh mana ada, kau tahu kan tak elok mengumpat belakang orang ni. Aigo, aku takde la jahat sangat nak umpat roomie sendiri. Aku ni, baik orangnya , abang aku helok je didik." hujahku. Semoga tertutuplah kegiatanku dari New.

" Housemate." New membetulkan aku.

" Aha, housemate. Whatever lah, aku dah kenyang. Kau kemas ea. Thank you New, bye!" Aku bangkit dari kerusi lalu menapak ke dapur bersama mangkuk yang tinggal suku nasi.

Alahai membazir, lekas aku makan sisa nasi yang tinggal sehingga licin lalu berlari naik ke atas. Teringat akan beg laptop aku masih di bawah, aku terpaksa tebalkan muka untuk turun ke bawah semula.

Melihat New yang sibuk membasuh, tak perasan aku sedang bertenggek di tangga. Lekas aku turun dan capai beg laptop lalu memecut naik ke atas, persis pelesit.

Kenapa dengan aku ya? Banyak sangat benda memalukan berlaku bila New ada di sampingku. Aku pula akan jadi malu berlebihan sangat dengan New. Padahal New pun jenis girlie. Hish! Migrain aku!

--❦︎--

Malam yang indah bagiku. Tepat jam sepuluh malam, kedengaran titisan hujan lebat jatuh dari langit melalui luar jendela. Entah kenapa aku sukakan suasana ini. Terasa damai.

Bersungguh sungguh aku menyiapkan slide bagi pembentangan minggu hadapan. Aku meregangkan badan sebaik sahaja bahagian aku selesai. Mata aku kerling pada jam digital laptop. Ah, pantas sangat masa berlalu. Sedar sedar sudah meninjak jam 2 pagi.

Empat slide pun makan masa empat jam! Nasib baiklah kerja kumpulan. Takde la pecah kepala yang sudah migrain ini.

Sebut pasal migrain, entah kenapa akhir akhir ni kerap sangat migrain aku datang singgah. Mahu tak mahu terpaksa aku bergantung pada ubat. Risau biarkan sakit kepala aku berterusan akan menyebabkan penyakitku datang semula. Dan aku sudah serik!

Pintu bilik aku tolak. Kelihatan kilat sambung menyambung melalui jendela. Lebat betul hujan. Lama pulak tu. Lampu tangga aku petik, sayangnya tidak menyala. Aku bingung sendiri.

" Aik? Blackout ke?" aku berkerut. Elok aje bilik aku ada elektrik.

Telefon pula tertinggal di dalam bilik. Malas berpatah balik, aku terus melangkah turun menuju ke dapur. Mataku menangkap susuk seseorang sedang tertidur di atas kerusi mengurut. Dengkurannya kedengaran perlahan.

Tak lain tak bukan, mesti New.

Di atas ribanya ada novel. Mesti tertidur lepas membaca. Tidak berlama lama, aku ke dapur. Mencari ubat migrainku di mana. Selesai urusanku. Aku terlihat New yang masih kekal posisi yang sama.

Nak kejut ke tidak ya?

Biarkan jelah, bukan masalah kau dia tidur di situ. Bisik hati sebelah kiri.

Tapi dia banyak buat baik dengan kau Youngmi, tak kesian ke kalau dia sakit badan? Nak masak untuk kau macam mana kalau dia sakit badan? Hati sebelah kanan pula bersuara.

roomie.Where stories live. Discover now