epilogue : spring breeze

53 9 14
                                    

you come to me like the spring breeze.

•••

« chanhee »

"Saya tak kira! Hantar saya ke balai! Saya nak serah diri!" jeritan Youngmi menggegarkan segenap penjuru rumah. Kusyen-kusyen di atas sofa habis dibalingnya ke lantai.

Tangan naik memicit dahi. Pening dengan teletah Youngmi tiba-tiba sahaja menghamburkan amarahnya. Walhal lima minit tadi elok sahaja dia makan aiskrim sambil menonton kdrama menerusi iPad.

Kusyen yang dilemparnya tadi aku kutip lalu letakkan di atas sofa, bersebelahan dengan tempat gadis itu duduk. Youngmi menjelingku tajam, kusyen yang tidak bersalah itu ditolaknya jatuh ke lantai semula.

Aku mengeluh kecil, " Okay what now Kim Youngmi? What's wrong with you?" tidak menjerit, suaraku kedengaran datar. Kedua tangan naik menyentuh pinggang sendiri.

Sepasang mata Youngmi menentang pandanganku. Matanya berkaca, bibirnya tercebik sedih. Terus tubuhku dirangkulnya erat dalam keadaan dia masih duduk di sofa, aku pula berdiri. Kepala Youngmi meyembam pada abdomenku hanya diusap lembut.

" Tell me, apa pulak masalah kalini Mimi?" bebola mata digulingkan walaupun bibir sedang memujuk.

Lama kami dalam keadaan sebegitu sebelum Youngmi mengangkat kepalanya. Dagunya direhatkan pada perutku. Kepalanya didongak, aku pula menunduk.

" Kenapa ni Mimi. Muka merah macam tomato. Sebab kdrama lagi awak nangis ya? Tell me siapa pulak yang mati." rambutnya yang disanggul rendah aku usap lembut.

Geram jugak aku dengan perangai Youngmi akhir-akhir ini. Mentang-mentanglah baru selesai peperiksaan akhir, masa yang dihabiskan dengan marathon kdrama sepanjang hari. Kalau kdrama sweet sawit potong kaki takpe. Inikan kdrama mengandungi bawang Holland. Habuannya meroyanlah sehinggakan bengkak mata.

" Jang uk. Jang uk yang mati. Sebab loceng Jinmu rasuk Mudeok. Mudeok tikam Jang uk sampai tembus belakang dia. Lepas tu- lepas tu-" tersekat-sekat dia bercerita. Tidak lama kemudian, tagisannya terhambur semula.

Dan ya, satu patah haram aku tak faham apa yang perempuan comel ini cerita. Penangannya, habis basah t-shirt putih ilustrasi cherry berkepala kucing yang aku sedang pakai. Lambat-lambat aku dorong kepala Youngmi supaya menyembamkan wajah pada abdomenku semula. Tangannya naik melingkar di pinggangku.

" Haih, pastu nak kena buat apa ni? Kita kena cari rumah Jinmu? Pukul dia sampai mati? Mimi, drama je tu. Takkanlah ending dia macam itu aje? Cliffhanger? Teruk sangatlah." ubun-ubunnya diusap lembut.

" Drama aje tu?! Kau ingat senang ke nak tunggu season dua keluar?!" suaranya melengking, serentak itu tubuhku ditolak menyebabkan aku terundur beberapa tapak ke belakang.

" Dahtu, tunggu ajelah season dua keluar. Yang nak menangis meroyan macam hilang anak ni dah kenapa?" suaraku meninggi sedikit. Geram lihat perangai mengada Youngmi semakin menjadi-jadi.

" Lama tahu tak! Kau cakap senanglah! Bukannya kau yang tunggu! Entah-entah kau langsung tak faham apa yang aku cerita!" tempiknya lagi. Sekali lagi jemariku naik memicit pelipis.

" Aku benci kau Chanhee!"

Tergeleng kepalaku melihat teletah Youngmi. Penat pula fikir, kenapalah emosi Youngmi aneh semacam. Takkanlah stress disebabkan final? Tetapi final sudah tamat seminggu lalu. Satu kemungkinan menerjah fikiran. Mata kian membuntang.

roomie.Where stories live. Discover now