1 7 ; falling leaves

50 13 46
                                    

•••

« youngmi »

Aku pejamkan mata dan mengira beberapa kali bunyi besi berlaga dengan jalan tar, berdenting bunyinya. Naik bosan aku menunggu Chanhee yang sedang menukar tayar. Nak main phone Chanhee langsung tak benarkan aku hidupkan telefon. Risau jikalau ada yang menggodam telefonku dan auto tahu lokasiku di mana.

Aku yang sudah serik diekori tunang gila, sekarang aku hanya mampu memberi kepercayaan pada Chanhee. Kerana dia tahu apa yang aku tak tahu.

" Kau pasang tayar ke, kau buat tayar Chanhee?" beberapa biji batu kerikil yang ada di sekitar aku kutip dan susun menjadi satu gadis lurus.

" Aku tengah masaklah." lelaki itu berloyar buruk.

" Oh, tayar masak bulgogi?"

" Taklah, mochi flavor tayar."

Aku senyum kecil. Ada ada je jawapan Chanhee nak menyakitkan hati. Tubuh Chanhee yang sedang terbongkok bongkok membelakangi aku dijeling sekilas.

" Wey Chanhee."

" Apa lagi?" sahutnya malas.

" Lama lagi ke?" polos aku menyoal. Dagu aku labuhkan pada lutut.

" Kau ni, nak masuk sepuluh kali tanya soalan sama. Cuba tutup sekejap mulut tu. Bagi aku fokus. Salah kau ya kalau kita sampai rumah tahun depan." bebel Chanhee.

Aku memutarkan bebola mata. Suka sangat sandarkan benda yang tak elok pada aku.

" Cakap ajelah kau tak reti." satu batu kerikil aku baling ke arah Chanhee. Puas hati.

" Ark! Sakitlah!" lelaki itu sempat berpaling dan beri jelingan terpaling tajam yang aku pernah terima. Sebelah tangan dia usap belakang tubuhnya yang menjadi sasaran aku tadi.

Aku gelak kuat sambil menjelir lidah. Padan muka! Kau dengan fesi garang sama je! Dua dua menyakitkan hati!

" Kalau aku suruh kau, kau reti tak? Tak en?" bidas Chanhee, sarkastik.

Terus diam tawaan tadi.

" Tu kereta kau kan? Tanggungjawab kau lah!"

New raupkan rambut ke belakang. Mesti rimas dengan perangai aku yang suka menjawab. Siapa suruh ajak aku yang ada mulut suka menjawab kelas pertama ni gaduh?

Lenguh mencangkung, aku putuskan aku berjalan jalan di kawasan sekitar. Kebanyakan pepohon sepanjang jalan sudah keguguran daun. Nampak botak, menandakan tidak lama lagi musim sejuk bakal datang menyinggah.

Merinding bulu roma apabila angin sejuk menghembus. Langsung aku peluk tubuh. Jarang kereta lain menggunakan jalan ini, menjadikan jalan ini terasa sepi.

Dah kalau nak senja ni, seriau jugak ada benda yang tak sepatutnya melintas-

" Jangan jalan jauh jauh! Kena sorok bunian nanti baru kau tahu!" Chanhee seakan akan tahu isi hatiku, sengaja nak takutkan aku.

Aku ketap gigi, menyempat lagi nak cari pasal dengan aku. Satu buku lima aku angkat padanya. Chanhee hanya buat tak peduli dan sambung kerjanya mengganti tayar kereta.

Kaki tetap sambung langkah walaupun ada sekelumit rasa takut. Kalau ada benda halus melintas, aku larilah. Chanhee kan ada? Biar malaun pink by one dengan makhluk halus. Apa susah.

roomie.Where stories live. Discover now