0 9 ; fight till we drop

48 13 49
                                    

•••

« youngmi »

" Sayang jugak kau dengan aku rupanya."

Tersengih sengih aku pandang New yang sedang menyapukan cairan antiseptik pada jari telunjukku yang tercedera. Aku mendesis kecil. Sakit. New menjelingku. Muka langsung tak berperasaan.

" Fragile la kau ni. Semua benda nak pengsan! Dramatic!" kutuk New.

Ish aku tarik balik apa yang aku cakap tadi. Sia sia je kenang jasa lelaki itu jaga aku yang pengsan selama lima minit. Wajah New yang menunduk aku tilik sesaat. Kemudian pandanganku beralih pada tempat cedera tadi.

" Tolong tiupkan boleh tak?" pintaku tanpa sedar.

New tercengang. Dipandangnya aku macam manusia kanibal tak makan lima hari lima malam. Aku menggeleng, nak mengada sikit pun tak boleh.

" New, tiupkan jelah. Kesian Youngmi. Sudahlah baru sedar pengsan tu." suara lain mendesak membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga.

Wajah Eunji yang sedang merenung prihatin kepadaku dibalas dengan senyuman. Sempat aku gerakkan bibir mengucapkan thank you. Eunji tergeleng geleng melihatku. Mesti dia pelik kenapa perangai aku macam budak sekolah.

Fuuuhhh-

Angin sejuk menyapa tempat luka. Bukan sekali, tetapi beberapa kali. Seperti ada tarikan membuatkan aku mahu menatap New. Matanya tunduk merenung luka aku. Bibirnya dimuncungkan, meniup luka seperti permintaan aku. Aku terleka.

Kalau aku mintak New kiss pulak boleh tak?

" New."

Lelaki itu berhenti meniup lalu mengangkat kepala. Redup pandangannya membuatkan aku semakin tenggelam. Jarang lelaki ini tunjuk sisi baiknya kepadaku. Sekali tunjuk je cukup buat aku melting. Kan seronok dapat layanan baik darinya selalu.

Eh kejap, aku tengah fangirling dengan New bengkek ni ke?

" Eh takde pape." laju aku tarik tangan daripada disentuh New. Tempat yang dia sentuh aku usap. Masih rasa hangat lagi.

Eh, fangirling lagi! Bangkit la wahai Kim Youngmi!

" Tampal la plaster ni sendiri." satu plaster yang masih berbungkus dia letak di atas ribaku. Kemudian dia berdiri lalu mendapatkan Eunji. Aku tak tahu apa yang mereka bualkan sehinggalah New menghantar Eunji ke muka pintu.

Paling aku dapat dengar " Sorry Eunji, terpaksa susahkan kau dengan drama swasta si Youngmi tu." - Jahat betul mulutnya tu. Kalau aku tak terkejut tengok darah tadi, pasti lelaki pink ni dah teguk jus pesticide perisa epal buatanku.

Selesai balut jemariku dengan plaster, aku berdiri tegak. Ingin mengemas segala sepahku tadi. Tak sampai beberapa saat aku berdiri, kepalaku terasa berpinar lalu aku rebah semula. Alahai, low blood pressure ke cemana. Maleh aku nak mintak tolong New bengkek.

" Tak habis lagi ke drama kau?" sinis suara itu menegur.

Jemari yang sedang mengurut dahi aku alih ke tepi. New yang bersandar pada dinding aku pandang tak puas hati. Ada je ayat lelaki ini buatkan aku panas hati.

" Belum, biasalah drama beratus episode. Tak macam kau, jadi kartun. Pink atas bawah. Padanlah suka hello kitty. Girlie sangat!" ejekku. Itu aje modalku kalau nak menyakitkan hati New.

New diam tak berkutik. Macam dah immune dengan ejekkan aku. Nampaknya aku kena cari modal lain.

Setelah peningku hilang, barulah aku bangkit dan menapak ke kaunter pulau. Segala utensils kotor aku campak ke singki. Epal dan kulitnya yang masih mempunyai bekas darah aku campak ke dalam tong sampah. Mata aku kalih ke tempat lain, tak sanggup tengok cecair merah tu.

" Jeez, mengada ngada." cukup suara itu buatkan aku sakit hati melampau.

New yang sedang kekal di tempat yang sama aku jeling geram.

" Sorry doh tak perfect." bidasku. Sudah penat mendengar omelan lancang darinya.

Melalui ekor mata, dapat aku lihat New sedang melangkah ke arah tong sampah aku buang epal tadi. Kemudian dia berdecit beberapa kali tak puas hati. Aku mula tak sedap hati. Laju laju tanganku membasuh segala utensils di dalam singki.

" Membazir je aku beli, kau pergi buang." gumamnya perlahan, masih dapat aku tangkap.

" Takpelah, kau businessman kan? Setakat epal tu apalah sangat. Selori epal baka pink pun kau boleh beli. Aku tak heran." paip singki aku tutup. Tangan yang basah aku lapkan pada tuala di tepi singki.

" Kalau kau nak lagi ambil lah. Make sure basuh bersih bersih. Risau kau jadi vampire pulak lepas makan nanti." aku senyum mengejek.

Baru sahaja aku melintas di hadapan New untuk naik ke bilik, lelaki itu bersuara.

" Kau ada ambik barang aku?"

Automatik kakiku brek. Ah, sudah.

" Barang?" aku pusingkan kepala pada New. Selamba tayang muka blur.

" Aku tak sure la New. Barang apa? Sebab kita kan roommate, barang kita pun bercampur. Maybe ada possibility untuk aku ambil barang kau. Tapi aku tak pasti barang apa yang kau maksudkan tu. Aku rasa aku tak ambil barang kau. Tapi kalau aku terambil barang kau tolong maafkan aku wahai roomie. Aku tak sempurna." aku tak pasti tongue twister apa yang aku merepek, harapnya New tak syak aku curi barangnya itu.

" Youngmi." New menghampiri tangga. Aku pula jarakkan diri darinya. Lekas kakiku memanjat dua anak tangga ke atas.

" Kenapa nak dekat dekat ni? Aku cakap aku tak ambil! Aku tak ambil lah!" sebelah tangan memaut pemegang tangga.

" Liar! Kau curi kan penanda buku aku!" akhirnya barang yang hilang itu disebut lebih spesifik.

" Tak! Buat apa aku curi? Kau ingat aku ulat buku macam kau ke?" nafiku, mataku melorot pada tangan New yang sedang menggengam buku lima.

Marah nau! Lagi aku suka!

" Then pandang mata aku! Kalau kau senyum tandanya kau curi!"

Bersungguh aku pandang wajah lelaki itu. Mata almondnya membuntang, hidungnya kembang kempis. Pernah tengok tak, donkey cerita Shrek? Begitu apa yang aku nampak! Serius aku cuba maintain eye contact walaupun tawaku hampir saja terhambur melihat New naik minyak.

" Hahaha!" tawa meletus. Aku tak tahan.

" Yah! Cepat pulangkan! Hey Youngmi!" lelaki itu mula berjalan ke mari. Tawa tadi mati dengan sendiri.

Anjay! Semudah itu aku ditangkap! Tetapi alang alang dah kantoi, aku layankan ajelah si New ni menggila. Lagi aku seronok.

" Taknak! Penanda tu cantik by the way, aku suka. Dah seminggu aku buat bantal peluk." sempat aku memberi kenyitan menggoda. Sengaja provok, persis campak gasoline ke dalam api.

" Yahh!" jeritan New merangsang kakiku untuk melangkah jauh.

Kalut aku buka langkah lalu memanjat selang dua anak tangga ke atas. Tetapi New lebih pantas. Tangan panjangnya sempat meragut pergelangan tanganku. Badanku didorong untuk berpusing gara gara ditarik New.

Semuanya berlaku dengan pantas. Sedar sedar badanku sudah menindih New, kepala kami terhantuk sesama sendiri. Sakit, tetapi apa yang membuatkan aku terkaku macam terkena renjatan elektrik adalah bibirku bertaut dengan bibirnya buat beberapa saat walaupun gigi New mencederakan bibirku.

Laju aku berguling ke sisi New. Kepala cuba proses apa yang sedang berlaku sekarang. Rasa besi di dalam mulut langsung tidak dihirau. Jeda, aku tak dapat loading dengan apa yang sedang berlaku. Blank! Bibir aku sentuh dengan rasa terkejut.

" Kau perverrtt!"

•••

roomie.Where stories live. Discover now