satu °+-••'

91 18 0
                                    


kali pertama kulihat wajahnya

" cepatlah, mak cik! semua orang dah pergi lab, tinggal kita je ni! " adele yang dah bosan menunggu di depan pintu kelas bersuara dengan muka masam, mau berjanggut dia tunggu minah sorang ni.

" ya, ya. kejaplah, siah! " isya pantas mengambil segala perkakas di atas mejanya yang akan digunakan semasa kelas Sains nanti.

" kejap - kejap, tak habislah dengan kau punya kejap. dahlah, jom! " kedua - dua gadis itu berjalan laju, tak sempat langsung toleh kiri kanan.

" fuh. stop kejap, weh. "

setelah separuh perjalanan, adele berhenti di tengah - tengah laluan dengan termengah - mengah.

nak buat macam mana, makmal sains terletak jauh dari kelas mereka, memang letihlah jawabnya kalau nak berjalan.

" tadi bukan main suruh cepat. " ejek isya yang turut berhenti sebelum mengherotkan bibir.

" berejam aku tunggu kau, takkan tunggu aku seminit pun tak boleh? "

" tak boleh. " balas isya, adele yang sudah malas melayan hanya menjuih bibir manakala isya tergelak.

tak lama kemudian, kelihatan beberapa orang lelaki beruniform hijau berjalan ke arah mereka. adele dan isya yang dah selamat bersila di atas lantai pantas berdiri lalu melangkah ke tepi, badan dirapatkan ke dinding.

semasa para lelaki itu berjalan melintasi, adele dan isya sempat mengambil peluang untuk menilik wajah mereka semua yang berjalan merapati dinding bertentangan.

dalam sibuk menilik, lelaki yang berkulit putih kemerah - merahan tiba - tiba memandang adele sebelum senyuman nipis ditayangkan.

adele mengangguk perlahan sebagai balasan sebelum kembali menilik mereka yang lain sehinggalah matanya terhenti pada lelaki yang paling belakang.

lelaki itu ditilik tak lepas. daripada mata, turun ke hidung sebelum jatuh ke bibir. seluruh wajah lelaki itu menjadi tatapan matanya.

apabila lelaki itu sudah berjalan melepasi, adele masih lagi memerhati. rasa tak puas kalau tenung sekejap. tak cukup tenung muka, tenung belakang dia pun jadilah!

" woi, kau tengok apa? " teguran isya berjaya mengalih perhatian seorang adele.

" yang paling tinggi tu, apa nama dia? " soal adele bersama jari telunjuk yang terarah kepada salah seorang daripada kumpulan lelaki tadi yang semakin menjauh.

" wah, baru jumpa dah berkenan? love in a first sight? " isya mula mengusik.

" ish, bukanlah!  bukan love, tapi pengawas tadi ada daya tarikan sendiri. aku sukalah tengok muka dia, sejuk mata memandang. " 

" ha, gatal! bagitahu umi kau! "

" kau ni, kan. maksud aku, dia handsome tapi sejuk mata memandang yang aku maksudkan is dia nampak baik. " adele tersenyum nipis.

" eleh, tak nak mengaku pulak. "

" minah, cepatlah. apa nama dia? "

" kau ingat aku tahu ke, siah? kita baru masuk form one minggu lepas. aku pun baru first time jumpa dia. dah - dah, jom pergi makmal cepat! " isya terus berjalan meninggalkan adele.

" eh, haahlah! kelas! ya Allah, lupa! " adele menepuk dahi sendiri sebelum langkah isya dibuntuti.

setibanya di hadapan makmal sains, adele dan isya mula menolak satu sama lain untuk masuk terlebih dahulu. nasib tak jatuh tergolek lepastu bergusti je budak berdua tu.

" ha, awak berdua. " tersentak mereka mendengar teguran daripada seorang guru lelaki yang sudah bercekak pinggang di muka pintu.

" er- cikgu. " adele dan isya tersenyum kekok.

" kenapa lambat? "

" tadi adele sakit perut, cikgu! saya temanlah dia pergi tandas dulu! " isya menyiku - nyiku lengan adele, menyuruh sahabat yang dikenali sejak sekolah rendah itu memperkukuhkan lagi penipuannya.

" ha'ah, cikgu. saya cirit - birit tadi tapi sekarang dah okey dah. " adele sengih.

guru lelaki yang dikenali dengan nama cikgu thaqid itu terangguk - angguk sambil memandang mereka silih berganti sebelum matanya tiba - tiba membulat besar.

" kecik - kecik dah pandai menipu, ya? berdiri kat luar ni sampai masa saya habis. " arahnya selamba.

" tapi, cikgu-. "

" no excuse. " selamba lelaki itu melangkah masuk ke dalam manakala adele dan isya mengeluh kuat.

" semua salah kau. " tuding adele.

" ewah, aku pulak? kau tu, salah tak sedar diri. " isya berpeluk tubuh lalu menjeling adele.

" kaulah yang lambat. "

" kau pun sama. nak stoplah, apalah. "

" saya suruh kamu berdua berdiri, bukannya bersembang. " teguran daripada dalam menyentakkan mereka sebelum kedua - duanya meletuskan tawa.

ini bukan cinta pandang pertama,
namun rasa ini mungkin akan tumbuh menjadi suatu yang tidak biasa —

' 17 ogos 2022 ; 9.52 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now