dua belas °+-••'

26 10 0
                                    


— aku mulai berusaha untuk mendapatkan hatinya

" masuklah cepat, kitorang jaga line. " arah isya sambil perhatikan sekeliling.

" jaga tau. kalau ada orang naik, terus beritahu. " adele terus masuk ke dalam kelas 5 bintang lalu bergerak ke meja hujung yang hampir dengan tingkap.

terdapat 3 buah meja tersusun elok menyusuri tingkap, adele memilih untuk periksa meja dekat tengah terlebih dahulu.

" hah, jumpa! " teruja adele tatkala terpapar nama qamar adhlan yang ditulis pada sebuah fail.

" kemasnya tulisan! " gadis itu menekup mulut.

fail itu dibuka, isinya dibelek untuk mengetahui lebih lagi tentang tulisan lelaki yang amat dia minati itu.

" take your time!  " suara daisy dari luar mengundang sengihan nipis pada bibir adele.

" ah, lupa pulak. " fail milik qamar adhlan ditutup, sticky note yang sedari tadi dia pegang ditampal pada bahagian hadapan objek itu sebelum diletak kembali ke tempat asal.

kerusi milik qamar adhlan turut diatur kemas sebelum dia berjalan santai meninggalkan ruangan kelas itu.

tapi nasib adele tak baik. setapak melangkah keluar dari situ, sekumpulan senior tingkatan lima daripada kelas di block sebelah tiba - tiba melalui kawasan itu.

adele panic tapi wajah tetap dikekalkan tenang agar tak disyaki apa - apa. sempat dia tersenyum nipis semasa melintasi kesemua senior perempuan itu.

" er, awak. " salah seorang daripada mereka menyapa.

" ya? " sahut adele sopan.

" boleh saya tahu apa yang awak buat kat dalam kelas tu tadi? " soalnya straight to the point.

" ah, tadi saya nampak macam ada benda dekat tingkap sebelah sana. saya pun pergi la check. " wajah adele hanya beriak biasa seolah - olah hal itu benar - benar berlaku.

" hah? ada apa? " yang lainnya menyampuk dengan sedikit panik, adele geleng,

" takde apa - apa pun, perasaan saya je kot. " kesemua senior tadi mengangguk.

" takpela kalau macam tu, kami pergi dulu. sorry tau. " mereka menundukkan sedikit kepala sebelum beransur pergi.

adele memerhati mereka semua sehinggalah hilang daripada pandangan, nafas lega dihembuskan.

" weh, kau kantoi ke? " isya yang muncul entah dari mana bersama daisy menyoal.

" tak. sekarang ni, tadi korang pergi mana? kenapa tak beritahu ada orang datang? " adele bercekak pinggang tanda dia sedang menahan geram, daisy dan isya tersengih.

" sorry la, ad. kita orang blah ke sana sikit sebab tak nak kakak - kakak tu syak apa - apa and kitorang expect yang kau akan stay kat dalam. tapi tak sangka pulak kau akan keluar. " terang isya.

" sekarang ni, macam mana kalau senior - senior tu tahu yang aku kelentong dia orang? " adele mengeluh perlahan.

" ah, takde apa - apalah. macam mana expression muka kau time terserempak dengan diorang tadi? " soal daisy.

" muka biasa, chill, takde perasaan. "

" bagos! buatnya kau keluar sambil tergelak - gelak, tergedik - gedik, tak payah tunggu lama, memang kantoi punya. takde apalah, takyah pikir sangat. " isya menepuk perlahan bahu adele sebelum menghadiahkan sebuah senyuman.

" eee, aku tak puas lagilah tengok tulisan dia. kemas gila! cair tahu tak? " adele menekup mulut, menahan diri daripada menjerit.

" kau ni, macam - macamlah. dah, pergilah cepat. kitorang jaga. " arahan isya buat mata adele bersinar terang bak bulan.

" betul ni? "

" sebelum kitorang ubah fikiran. " sampuk daisy, adele tersengih.

" jaga betul - betul tau. " pesannya sebelum menghilang ke dalam kelas qamar adhlan dengan sepantas kilat.

ini coretan daripada aku, buat kamu —

' 4 september 2022 ; 7.27 p.m.

teruntukmu, ✔︎Donde viven las historias. Descúbrelo ahora