sembilan °+-••'

26 10 0
                                    

— apa tak ada cara untuk berehat daripada teringatkan dia?

" macam mana kalau dia lari sebab tak suka aku ada dekat sana? " adele mundar - mandir, sejak tadi dia langsung tak duduk.

" ish, kenapa dia tiba - tiba boleh tak suka kau pulak? bukannya kau kacau hidup dia pun. " isya membantah keras sambil membuka plastik takoyaki.

" kot - kotlah  aku obvious sangat? macam mana kalau dia dah tahu aku suka dia, so dia decide untuk jauhkan diri? takleh, takleh. " adele tergeleng - geleng apabila membayangkan hal tersebut, tak sanggup!

" tapi, macam mana kalau dia lari sebab malu dengan kau? " duga daisy bersama senyuman di senget.

" nak malu apanya? "

" yelaaa, kot - kot dia suka kau jugak. "

" ah, ni bukan masa untuk kau mengarut. " adele duduk di sebelah isya, air boba yang dibeli buat kali kedua diambil kasar dari atas meja sebelum disedut laju.

" ad, kau jangan nak mengada nak overthinking bagai eh. " isya menjelingnya.

" macam mana aku tak overthinking kalau dia buat macam tu? " adele mengeluh hebat.

" buat penat je kalau kau overthinking tapi dia sebenarnya oke - oke je. rilex, ad. maybe dia ada urgent? kita tak tahu, kan? kau rilex jeee, everything's alright - alright. " sambung isya lagi, kesian jugak dia tengok adele sebenarnya.

" sekarang ni, baik kita sambung hangout. kan nak happy - happy, tak naklah stres - stres macam ni. oke? " daisy menayang thumbs up sambil tersenyum memberi semangat.

" haih. " adele menghela nafas berat.

" takde apa yang perlu dirisaukan. dah, jom makan takoyaki ni. " daisy mencapai lidi, sebiji takoyaki dicucuk lalu dihulurkan kepada adele,

" nah. " adele memandang takoyaki itu sekilas sebelum memandang wajah daisy, gadis itu mengangguk.

" thank you, daisy. " lidi bertukar tangan.

" hai, tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. " teguran daripada suara yang agak familiar itu menarik perhatian mereka bertiga.

" eh? awak– " dahi adele berkerut cuba mengingat suatu nama.

" safwan. " pantas lelaki dihadapan mereka itu memotong, dia tersenyum.

" ha, ya - ya. " adele tersengih kekok, kalau jumpa safwan je, mesti teringat kes dekat koop haritu.

" awak datang sorang je ke? " soal adele.

" eh, saya datang dengan lan. tah ke mana budak tu menghilang. apa nama awak berdua eh? " soal safwan, merujuk kepada dua gadis yang bersama adele.

" saya isya, ni pulak daisy. " safwan terangguk - angguk.

" erm, safwan. " safwan terus memandang adele,

" ya? "

" awak cari kawan awak yang nama qamar adhlan tu, kan? " terkejut daisy dan isya, dah kenapa si adele pergi tanya pasal qamar adhlan dekat si safwan?

" ha'ah. tulah lan. "

" tadi saya ada terserempak dengan dia, time tu dia tengah beratur nak beli takoyaki. " kata - kata adele buat dua belah kening safwan bercantum.

" takoyaki? lan? dah mengigau ke apa budak tu? qamar adhlan tu anti sangat dengan takoyaki. katanya, family dia pun semua tak makan. " terang safwan dengan nada kepelikan manakala adele, daisy dan isya saling berpandangan.

usai safwan meminta diri, ketiga - tiga gadis itu mula membuka sesi perbincangan dan topiknya sudah jelas lagi nyata,

qamar adhlan.

" terlopong aku tau masa kau tanya pasal a.f dekat si safwan tu tadi. aku ingatkan kau nak tanya pasal a.f dekat dia terus. " isya tergelak.

" ha'ah, aku pon sama. " sahut daisy.

" ish, korang ni, pun. agak - agaklah. "

" kepala kau bukannya boleh percaya sangat. " isya jongket bahu.

" ah, apa - apa jela. kes takoyaki tadi tak selesai lagi tau. " wajah qamar adhlan bermain - main dalam fikiran adele.

" entah - entah, dia beli untuk girlfriend dia tah? " daisy mula membuat spekulasi.

" tak pun scandal dia, sebab tu safwan yang rapat dengan dia tu pun tak tahu. " sambung gadis itu lagi.

" eee, kau ni. tak pasal - pasal si budak adele ni overthinking balik. " isya pukul perlahan bahu tangan daisy di atas meja.

" haih. lebih baik overthinking daripada fakehope, kan? " adele tersenyum paksa.

" alah. kau ni, ad. dia tak beli pun takoyaki tu, kan? " isya di sebelah cuba memujuk.

" tapi kalau dia tak suka, kenapa dia beratur? aku curious nak mati ni. " rengek daisy.

" bila dah beratur, kenapa dia lari bila nampak aku? "

kadang - kala,
kamu tidak memberikan harapan,
tapi aku yang terlalu mengharapkan —

' 23 ogos 2022 ; 1.19 a.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now