tujuh °+-••'

30 10 2
                                    


— aku tak bisa berhenti memikirkannya

" kamu dah kenapa, ad? duk sengih sorang - sorang. " tersentak adele yang sedang memegang sebuah mug, jari yang tadinya bermain - main pada badan mug terhenti.

" eh, bila masa pulak, umi? takdelah. " balas adele tenang meskipun di dalam hati, dia terasa nak memaki diri sendiri.

" eh, dia tanya umi pulak. tadilah kamu duk tersengih sambil tengok mug tu. kamu fikir apa? " puan hasrin kedengaran agak tertanya - tanya.

" er- "

" qamar adhlan, umi. " dalam hati jela mampu.

" takkk, sebenarnya orang teringat daisy dengan isya. tadi dia orang kena marah dengan cikgu sebab berebut nak ambik buku latihan atas meja cikgu. "

" daisy? setahu umi lah kan, yang selalu berebut dengan isya tu, kamu. " adele terdiam.

" ha, tulah orang puas hati. selalunya orang dengan isya yang kena marah, tadi daisy yang kena. " adele terus ketawa manakala puan hasrin menggeleng kepala.

" macam - macamlah kamu semua ni. oke lah, umi nak masuk bilik dulu. kamu pun masuklah cepat, dah tengah malam. abah dengan adik - adik kamu semua dah nyenyak. "

" alah, umi. esok kan cuti, kasi chance la nak layan k-drama. " adele cuba membodek.

" layan tu layan jugak, terlajak subuh kang baru tahu. sudahlah, selamat malam. jangan tidur lewat sangat. " pesan puan hasrin sebelum dia beredar meninggalkan ruangan dapur.

hilang saja kelibat uminya, adele terus menampar - nampar pipi sendiri sepuas hati. melepaskan geram yang terbuku sejak tadi.

" kau dah gila, adele mikayla. "

ya, dia dah gila. gila disebabkan seorang qamar adhlan yang tidak henti - henti muncul di fikiran. hidup dia benar - benar tak harmoni, jiwa dia dah dijajah!

" enough, ad. " dia bangun daripada duduk, mug yang sudah kosong isinya dibawa ke sinki lalu dibasuh.

kemudian, dia membuka langkah ke arah bilik. suis lampu dipetik, bilik yang tadinya gelap - gelemat bertukar terang - benderang.

jam dinding dipandang, 12.37 a.m.

dia tak terus ke katil, sebaliknya menapak ke arah meja belajar. duduk dilabuhkan sebelum sebuah buku dibuka. bukan buku tentang pelajaran, sebaliknya sebuah diari yang terisi tentang–

–qamar adhlan.

sebatang pen dikeluarkan daripada kotak pensil sebelum tangan mula bergerak, mencoret isi fikiran pada helaian kosong. jari mula menukar setiap scenario dalam kepala kepada ayat yang bermakna.

30 januari 2022
setiap kali kutatap matanya,
aku terpana,
dia punya iris indah bagaikan purnama,
menawan dan mempesona,
yang bersinar terang umpama cahaya.

pen diletak, dia tersenyum sendiri sebelum berjalan ke arah katil. badan dibaringkan.

" comelnya dia tua setahun je dari aku. "

tadi dia mendapat info daripada isya. kata isya, ada senior dia dari tingkatan 2 yang sekelas dengan qamar adhlan. kelas 2 bintang namanya.

" kalau awak semua nak panggil senior lelaki, jangan panggil abang, ya? panggil akhi. kita ni sekolah agama, so paham - paham jela, ya?" teringat pula tutur kata seorang pengawas disiplin semasa tazkirah tak lama dahulu.

" akhi. akhi qamar adhlan. AAAAAHAKAOAAJU. "
adele menekup wajah dengan bantal sambil menggelepar hebat, habis bersepah katil dek kerana dia yang terguling ke sana ke mari.

" akhi qamar adhlan. whiaakaoaj. " dia simp sendiri sebelum–

buk!

" aduh. " bagaikan nangka busuk, dia jatuh menyembah lantai.

" ish. sakitlah, gila! " lantai itu ditedang - tendang melepaskan geram, ha memang minah sorang ni panas baran sampaikan lantai yang tak hidup tu pun dia boleh jadikan mangsa naik angin.

" ish. " adele menjeling entah kepada siapa, yang dia tahu, dia sakit hati dengan lantai tu.

" semua salah kau, huh. " ya, dia salahkan qamar adhlan, sedangkan jatuhnya dia adalah disebabkan diri sendiri.

adele, adele.

yang selalu ada di pikiran aku cuma satu,
itu kamu —

' 19 ogos 2022 ; 7.10 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now