tiga belas °+-••'

26 11 0
                                    


siapa yang memiliki hatinya?

" agak - agak koranglah kan, dia tahu tak aku yang bagi sticky notes tu? " daisy dan isya kelihatan sedang memikirkan soalan adele.

" tak kot? kau bukannya tulis nama ke apa, kan? " isya mengutarakan pendapatnya.

" ha'ah. tapi kalau boleh, aku naklah dia tahu sendiri. "

" tapikan weh, aku rasa dia tahu jelah. kau pun bukannya cover sangat time jumpa dia, tenung bagai nak tembus. " daisy tergelak kecil.

" tapi, takkanlah aku sorang je yang tak behave? mesti ada jugak orang lain yang obvious. "

" aku tak rasa ada orang yang obvious macam kau. kalau kau tu, orang yang tak kenal kau pun boleh tahu pasal a.f tau. " kata isya sebelum mereka bertiga tergelak.

" ada logic jugak dekat situ. " setuju daisy.

adele terangguk - angguk sebelum dia menungkat dagu. mata dihalakan ke arah padang yang terbentang luas, tapi fikirannya melayang tah ke mana. dia mengeluh sebelum membuka bicara,

" aku rasa macam nak DM dialah. "

" kalau berani, buatlah. " cabar daisy.

" takyah buat gila, ad. " halang isya.

" aku rasa macam nak confess terus. aku dengan dia ni dah la tak pernah ada interaction. kot - kotlah dia suka aku balik ke, lepas tu boleh saling tegur - menegur? "

" kalau dia jenis yang betul - betul jaga ikhtilat, tak jalan jugak, ad. lagipun, dia tak nampak pun macam orang yang layan perempuan. " isya tersenyum segaris.

" tak cuba tak tahu. try jela, ad. kau dah follow dia, kan? " soal daisy, pantas adele mengangguk,

" dia follow back! " pipi ditekup tanda teruja.

" tahun bila eh kau follow dia? " isya bermain - main dengan kasut sukan adele.

" hm, masa form 2? tapi dia tak active pun, takde post langsung. lately ni baru dia ada update, tu pun jarang. "

" oke la daripada takde, kan? " sahut daisy.

" weh, kau nak DM betul - betul ke? tak cukup lagi ke tang hantar notes tu? " isya kurang senang dengan niat adele.

" aku nak dia tahu la siapa aku. "

" aku tak berapa nak setuju la, ad. macam mana kalau lepas kau confess, dia judge kau ke apa. lepastu dia sebar dekat member dia? " isya sudah overthinking dek kerana terlalu bimbang.

" lek la, isya. takde apa - apa punya. " adele tersenyum lembut.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" cepatlah, weh! subjek BI kejap lagi! " kalut adele, daisy dan isya berlari ke arah bahagian belakang koperasi.

" kaulah ni, ad. kenapa baru sekarang beritahu yang kau tak fotostat lagi latihan tu?"  marah isya.

" ish, aku lupalah! bukannya sengaja. " adele terus masuk ke dalam koperasi sebelum membatu di tengah - tengah pintu.

daisy dan isya yang kepelikan terus melihat ke dalam koperasi. tak ada orang, kecuali seorang qamar adhlan dan safwan.

" hai, awak bertiga. " ramah safwan menyapa, tidak lupa juga senyuman pada bibir.

" hai. " ceria balasan daisy dan isya sementara adele masih ralit memandang qamar adhlan.

" adele ni, dia lupa nak kena fotostat latihan BI untuk sekelas. " adu isya, safwan yang melihat tingkah adele yang sedang perhatikan sahabatnya tersenyum kecil sebelum tergelak perlahan.

" lan, ni ada junior nak fotostat. " katanya.

hampir gugur jantung adele ketika qamar adhlan yang sedari tadi sibuk menekan - nekan kalkulator mengangkat kepala, sempat mereka bertentang mata sebelum lelaki itu memandang safwan.

" kau tolong layan budak - budak ni, boleh tak? " permintaan itu membuatkan riak wajah adele berubah, daisy dan isya berpandangan manakala senyuman safwan blur.

" eh, kan tugas kau. "

" ya, tapi aku tengah busy ni. "

safwan pandang adele dengan penuh serba - salah, dia mengeluh. dia sudah cuba bantu adele untuk berinteraksi dengan qamar adhlan, tapi qamar adhlan sendiri yang menjadi penghalang.

safwan terus bergerak ke mesin fotostat. wajah dimaniskan sebelum menuturkan kata,

" adele, mari. saya tolong fotostatkan untuk awak. " lembut saja nada bicaranya.

adele tersenyum nipis sebelum mendekati safwan bersama daisy dan isya. dalam diam, adele mencuri pandang ke arah qamar adhlan yang sedang membuat kira - kira.

" dia busy, ad. husnuzon. "

aku tahu, bukan aku yang kamu mahu —

' 5 september 2022 ; 6.48 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now