empat °+-••'

36 11 0
                                    


— dia akan aku kagumi, cukup dari sini

" laparlah, weh. koop jom. " adele berjalan mendahului ke sebelah kiri.

" ha, aku pun. jom - jom. " sahut daisy sebelum mereka bertiga berjalan masuk ke dalam koperasi.

" ad, awek kau. " isya menghantar isyarat mata.

laju mata adele melihat ke arah kaunter koperasi, lelaki yang dia minati sedang mengira jumlah harga barang yang dibeli oleh seorang pelajar lelaki.

" si ad ni kan, cakap je awek, terus dia tahu siapa eh. " usik daisy sebelum dia dan isya tergelak.

" mestilah, dah member tu je yang dia berkenan. "

" korang ni, kan. tak mengarut tak sah, dah jom cepat. " mereka bertiga terus bergerak ke bahagian yang menempatkan makanan.

" daisy, aiskrim mochi boba jom. " tangan adele membuka peti aiskrim.

" mahallah, cik kak. tapi kalau kau belanja, aku on je. " daisy jongket kening.

" ewah, banyak hodoh muka kau. ingat aku ni kaya sangat ke? ha yalah, aku belanja. "

" aku nak hempuk kau sebab panggil aku hodoh, tapi tarik baliklah sebab kau nak belanja. "

" korang ni, apa yang sedap sangat pasal boba? aku rasa, biasa je. " muka cringe isya tunjukkan.

" kau ni rugilah. durian pun kau tak makan, kan? condol tak suka jugak. macam mana nak makan batu dengan kayu kalau macam ni? " adele tutup balik pintu peti, kang tak pasal - pasal pulak hilang sejuknya nanti.

" kau makan dulu batu dengan kayu tu. kalau kau makan, baru aku join. "

" betul ni? "

" tarik baliklah. malas aku layan. " isya terus berjalan ke rak roti, adele tergelak sebelum dia dan daisy sambung memburu aiskrim.

" dah puas usya? " daisy yang sedari tadi melihat - lihat aiskrim di dalam peti menyoal.

" usya apa benda kau? "

" ish, dia ni. awek kau la. "

" oh, lupa dah dia ada kat sini. "

" dah la tu, aku nak pergi bayar. " setelah dari tadi berdiri di hadapan peti beku, akhirnya adele dan daisy mengambil pencuci mulut masing - masing.

" koperator perempuan takde, macam mana nak bayar? " soalan adele menimbulkan idea gila dalam kepala hotak daisy dan isya, mata mereka bersabung seolah - olah dapat membaca isi otak masing - masing.

" ad, kau tolong bayarkan aku punya aiskrim.  tadi kata nak belanja. "

" ha, aku punya sekali. "

permintaan daisy dan isya buat adele pelik.

" eh, korang. tahulah malas tapi sekarang ni, takde kakak yang jaga kaunter. "

" takde orang pon suruh kau tunggu kakak koop tu datang. " daisy jongket bahu dengan sempoi.

" habistu? "

" ish, slow la kau ni. kitorang tengah kasi chance untuk kau communicate dengan awek kau tu. pergilah bayar dekat dia alang - alang takde yang jaga kaunter perempuan. " terang isya, late-catcher sungguh la di adele ni.

" cepatlah. cair aiskrim aku nanti, nasib baik koop ni ada aircond. " adele tengok lelaki yang menarik perhatiannya, lalu kembali memandang kedua - dua sahabatnya.

" tak nak la. " kepala digelengkan.

" fighting. " ucap isya yang berpura - pura tak mendengar kata - kata adele.

" weh, tak nak. "

" semoga berjaya. " daisy dan isya bekerjasama memalingkan badan adele ke arah kaunter lelaki.

" tapi– " badan adele ditolak mendekati kaunter itu tanpa rasa bersalah.

" woi. " adele ketap gigi menahan geram tatkala melihat sengihan daisy dan isya.

" haih. " dia mengeluh dan masih teragak - agak tapi melihatkan ada saja pelajar perempuan lain yang membayar di bahagian lelaki, dia cuba berlagak biasa.

tak lama kemudian, giliran adele tiba.

rasa ini,
semakin lama,
kian membara  —

' 18 ogos 2022 ; 9.36 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now