sepuluh °+-••'

24 10 0
                                    


— dia, pemegang mood saya

persoalan tentang qamar adhlan yang masih belum terjawab masih tersemat dalam fikiran, tapi adele tetap berusaha untuk mengabaikan.

dia malas.

malas nak overthinking dan merosakkan mood sendiri. lebih baik jika dia berfangirling dekat qamar adhlan seperti biasa.

" weh, tadi aku nampak dia nak naik tangga. "

" comel gila dia senyum kat cikgu tadi. "

" kenapa dia manis sangat eh? "

" lemah jantung aku bila tengok dia offer tolong cikgu angkat barang. "

" awek aku ada lesung pipit!" ada menekup kedua - dua belah pipinya dengan penuh teruja.

" weh, serious la? comelnya! " isya ikut teruja.

" mana dalam dengan aku punya? " dalily sengaja tersenyum bagi menunjukkan lesung pipitnya yang sedikit kendur.

" dia lagi dalam! " adele menjelirkan lidah.

" eleh, at least aku ada! kau takde! " dalily riak.

" ah, kisah pulak aku. awek aku ada, dalam pulak tu! "

" lesung pipit pun nak kecoh. " isya tergelak.

" eleh, tahu la kau pun ada. " balas adele.

" eh, bila masa? "

" kau pernah tunjuk. "

" eh, iya ke? "

" taklah, bohong. " adele terus dipukul oleh isya.

" kan dah kena. " daisy bantai gelak kuat - kuat punya.

" awak bertiga? " suara yang menegur mendapat perhatian mereka.

" ya, cikgu? " sempat nametag guru wanita itu dikerling, seroja namanya.

" cikgu nak mintak tolong ni, boleh tak? " pinta cikgu seroja.

" apadia, cikgu? " soal isya.

" tolong hantarkan buku - buku ni semua dekat makmal komputer boleh tak? cikgu ada meeting sebenarnya. cikgu nak cepat, so takut tak sempat pulak nak singgah makmal. "

cikgu seroja meletakkan beberapa bungkusan di tengah - tengah meja bulat yang sedang dikelilingi oleh adele, daisy dan isya.

" boleh - boleh. "

" untuk cikgu semua boleh. "

balas adele dan isya manakala daisy hanya angguk sambil tersenyum. daisy ni boleh dilabel sebagai seorang introvert dan hanya akan menjadi extrovert ketika bersama orang yang dia selesa.

" tolong, ya? maaf kalau menyusahkan, terima kasih banyak - banyak. "

usai cikgu seroja meminta diri, mereka bertiga terus bergerak ke makmal komputer untuk laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

" siapa nak masuk? " soal daisy apabila tinggal beberapa meter saja dari pintu makmal komputer.

" aku malas la. " adele sudah mencangkung.

" dah, semua masuk. senang kerja. " adele yang pasrah dengan arahan isya terus bangun sebelum ditolak untuk berjalan dulu dan tiba saja di depan pintu, ia terus ditarik.

" mak! "

hampir gugur jantung adele apabila ada yang menolak dari dalam pada waktu yang sama dengannya, lelaki itu juga kelihatan agak terkejut. mereka berdua masing - masing bertindak menjauhi pintu.

" dah kenapa pulak kau ni? "

" takyah la terkejut sangat. aduh, control la sikit. "

serentak isya dan daisy berkata sebelum mereka berdua mendapatkan adele yang sudah menyandar pada dinding koridor.

" weh, kau oke tak? " bahu adele isya pegang.

" qamar adhlan. " bisik adele bersama tangan yang sedang menekup wajah.

" hah? " kedua - dua sahabatnya terus pandang pintu makmal yang sudah tertutup rapat.

" aku hampir - hampir je nak terlanggar dia tadi. ya Allah, jantung hati aku. " adele cuba mengawal pernafasan.

tak lama kemudian, pintu kembali dibuka. beberapa orang lelaki keluar seorang demi seorang, sehinggalah mata adele terhenti pada qamar adhlan.

pada masa yang sama, lelaki itu turut memandang adele. seperti biasa, pandangan pantas dibuang ke arah lain. adele kemam bibir, menahan diri daripada menjerit.

" jom masuk cepat, dah la ramai lelaki dekat luar ni. " saat itu barulah mereka tahu bahawa ada kelas yang sedang menggunakan makmal komputer, itulah padah tak ketuk pintu sebelum buka.

pantas daisy menarik adele supaya bangun, gadis itu hanya patuh bersama senyuman yang tidak lekang daripada bibir. matanya sempat mengerling ke arah qamar adhlan.

aku bahkan membutakan mata,
walau kadang ia menyakiti jiwa dan raga,
hanya kerana kamu orangnya —

' 26 ogos 2022 ; 11.04 a.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now