dua puluh °+-••'

26 7 0
                                    

buku teks tingkatan 5 yang diambil semasa hari pendaftaran pada hari terakhir sekolah dibuka pada helaian paling belakang, bahagian untuk mengisi nama dan kelas.

pen di dalam kotak pensil dikeluarkan. saat jari mula bergerak untuk menulis, pergerakannya terhenti. ada beberapa buah nama yang dah sedia ditulis oleh pemilik sebelum ini, tapi hanya nama yang terbawah menarik perhatian adele.

" qamar adhlan bin luthfi. " ia dibaca perlahan sebelum senyuman nipis perlahan - lahan terukir pada bibir, tulisannya disentuh.

" finally, aku dapat buku dia. "

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" uwaaa, rindunya! lama tak jumpa! " adele memeluk daisy dan isya bagai tak mahu lepas.

" euw, apa ni peluk - peluk orang? " daisy menolak - nolak badan adele.

" love language ni tau. " balas adele sebaik saja pelukan dilepaskan.

" mengada. " isya menjelingnya.

" weh, kena naik kelas ke? " adele sudah kedengaran tak bersemangat.

" apa? first day pon, kau dah malas? " isya menyoal.

" aku mana pernah rajin. "

" ponteng jom. " ajak daisy.

" gilo, tak payah nak mengarut. buatnya dapat cikgu garang, mampos kita. " isya memperingatkan.

" ada betulnya jugak. nanti tak pasal - pasal kena tulis nama. jomlah naik kelas. tang ponteng tu, nanti - nanti kita pikir. "

pelbagai topic keluar sepanjang perjalanan ke kelas. kalau dah bersama sahabat, semua benda nak diceritakan. kalau setakat chat dalam wasap, tak sama tau. mana puas, dia kena jumpa depan - depan jugak.

" dulu ni kelas qamar adhlan. " kata adele apabila mereka melintasi kelas tingkatan 5 bintang.

" rindu? " soal daisy.

" mestilah rindu. " adele tersenyum segaris.

" eh, tu kawan - kawan kita yang lain! jom! " adele terus berlari anak meninggalkan daisy dan isya di belakang.

dia cuba mengubah mood sebenarnya. tak nak terlalu memikirkan si dia yang sudah keluar daripada sekolah itu.

move on? haih, tak semudah yang adele sangka.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" aiskrim ni nampak sedap, tapi yogurt pon aku nak. " isya pandang peti aiskrim dan peti yogurt silih berganda, wajah berkerut hebat.

" ambik jela belaka. " selamba daisy ambil kedua - dua makanan kegemaran isya lalu dihulur kepada gadis itu.

" ewah, kau. ingat aku banyak duit sangat ke? "

" ad kan ada. " daisy tersengih - sengih sebelum mereka masing - masing melihat ke arah adele yang sedang termenung memandang kaunter.

" teringat awek dia la tu. " isya tergeleng - geleng.

" dah a.f tu je yang dia suka, tiba - tiba orang tu dah takde. biarlah dulu, nanti lama - lama, dia biasa la tu. " daisy jongket kening lalu memindahkan makanan di dalam pegangannya kepada isya.

" eh, kau! simpan balik! " daisy tergelak sambil berlari ke arah adele, sempat dia menjelirkan lidah.

" ad, kau nak beli apa - apa tak? " teguran itu menghapuskan segala - gala yang berada di dalam fikiran adele.

" tak, tak nak. si isya tu tak siap - siap lagi ke dari tadi? "

" dia kena istikharah dulu kot baru boleh pilih nak aiskrim ke yogurt. " balas daisy, adele tergelak.

" tu dah siap dah dia. " adele muncungkan bibir ke arah isya yang sedang menghampiri dengan riak sedih.

" apahal kau? " soal daisy.

" weh, duit aku tertinggal kat rumah! " isya menggenggam penumbuk, gigi dikacip melepaskan geram.

" AHAHAHA. " adele dan daisy bertukar pandang silih berganti.

" ha, kelakarlah tu. "

" tak kelakar, tapi lawak. " adele sambung ketawa yang tersisa.

" samalah tu, siah. ey, ada yang aku baling dalam hati a.f kang. " usik isya.

" boleh, silakan. " adele dekatkan diri dengan isya, seolah - olah ingin benar dibaling.

" gatal! " jerit daisy dan isya serentak.

' 11 september 2022 ; 12. 47 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now