enam °+-••'

39 10 0
                                    


— rasaku padanya kian utuh, dan mungkin akan terus tumbuh

" alamak, tolong cover aku kejap. jangan bagi dia nampak aku. " pinta adele yang dah selamat menyorok dekat belakang daisy dan isya, sesekali dia akan mengintai.

" ish, kau ni. tak habis - habis lagi ke? " daisy mengeluh berat, penatlah kawan dengan si adele ni.

" eee, korang ni. aku dah la blah macam tu je haritu. macam mana kalau a.f tu ingat muka aku? malulah. " adele gigit bibir.

" a.f? "

" a.f menatang apa pulak ni? "

dahi daisy dan isya berkerut.

" a.f a.k.a awek favourite a.k.a qamar adhlan. "

" ohhh, aku ingatkan apalah tadi. " daisy tergelak.

" boleh tahan creative jugak kau ni. " ujar isya pula.

" weh, dia datang arah sini. " adele menarik lengan kedua - dua sahabatnya.

" dah dua minggu sejak kejadian tu, dah dua minggu jugaklah kau avoid dia. bila nak confident balik? " isya pandang adele.

" ah, tak tahu dan tak nak tahu. alamak, dia makin dekatlah. sorok aku weh. " panic adele apabila qamar adhlan yang tadinya bersembang dengan safwan sambil mengisi air di mesin coway tiba - tiba berjalan ke arah mereka berada.

" malas layan kau. " isya dengan jahatnya berjalan tinggalkan adele dan yang paling kejam, dia pergi ke arah yang bakal buat mereka berselisih dengan qamar adhlan.

" isya. " panggil adele dengan suara yang menahan geram.

" bye, ad. " daisy tergelak setan sebelum mengikut langkah isya.

adele mula bingung mahu pergi ke mana. ikut daisy dan isya ataupun larikan diri ke arah yang bertentangan.

akhirnya, dia memalingkan badan untuk ke arah yang berbeza daripada sahabatnya. baru saja nak buka langkah,

" awak, tunggu kejap. " adele automatic mematung, bagaikan tugu.

" awak yang dekat koop haritu tu, kan? yang tiba - tiba lari tu? " Allah, mahu menangis adele bila peristiwa itu diulang kembali, perlahan - lahan dia pusingkan badan.

" awak okey tak? saya risau sangat haritu. " dahi safwan berkerut.

" o-oke. " adele tersenyum kekok sebelum memandang qamar adhlan sekilas, lelaki itu langsung tak memandangnya sebaliknya hanya menunduk ke bawah.

Allahu, sedang menjaga pandangan, ya?

" sorry kalau sebab saya awak jadi macam tu. " safwan gosok belakang lehernya.

" sokey. "

lagipun, bukan safwan yang kena minta maaf. tapi, qamar adhlan, lelaki yang sesungguhnya langsung tak tahu apa - apa.

" saya pergi dulu? " setelah mendapat anggukan daripada safwan, pantas adele membuka langkah, tak sanggup lagi berlama - lamaan di situ.

RASA NAK PENGSAN!

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" sumpah jaga pandangan, weh. dia tak tengok aku pun. dia tunduk je, pandang kaki. "

" iya ke jaga pandangan? entah - entah sebab takut jumpa orang pelik macam kau. " daisy ketawa, diikuti isya.

" korang ni! " adele terus memukul mereka berdua yang masih ketawa.

" AHAHAHA, tak - tak. aku gurau jelah, dia memang jaga pandangan pun. time berselisih tadi pun, dia tunduk je memanjang. macam lantai tu cantik sangat - sangat. " isya mula bercerita manakala senyuman adele melebar sehingga tak terkira panjangnya.

" aku rasa, aku betul - betul dah jatuh cintalah. ya Allah, gila betul. " adele menekup mulutnya lalu mula menjerit dengan nada yang cuba ditahan,

"AAAAA!"

" sabar, ad. sabar. " daisy tergelak.

" tak rileklah siah sorang ni. " isya tergeleng - geleng.

" kau nak avoid dia lagi ke? kalau asyik avoid, bila dia nak notice kau? eh, dia dah notice. i mean, macam mana dia nak kenal kau? " lontar isya.

" tak nak avoid dah. "

" tapi, aku tetap tak nak cakap dengan dia. buatnya aku pengsan, naya je. no, no, takleh. " adele cuba menolak jauh segala jenis overthinking.

" haih, suka hati kaulah, ad. asalkan kau bahagia. "

sukaku bukan kerna wajahmu,
namun cintaku kerna akhlakmu,
dan jika hilang semua itu,
maka pudarlah rasa sayangku —

' 19 ogos 2022 ; 7.51 a.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now