dua °+-••'

58 15 0
                                    


aku mulai tertanya - tanya, tentang si dia

" Allahuakbar Allahuakbar! "

" weh, siapa yang tukang azan tu eh? sedap gila, dho suara! " isya dah teruja bagai nak gila.

" intai, jom. " daisy sudah menayangkan barisan gigi yang tersusun rapi, membentuk sengihan miang yang mintak dijauhi.

" ayuh! " laju adele menyahut, tak ragu - ragu sikit pun.

" weh, korang mental ke apa? " marah isya, agak - agaklah kalau ya nak buat gila pun.

" ha'ah la, takkan tu pun taktau. " tangan adele dah mula menggatal memegang langsir, tinggal nak selak aje.

nasib mereka sebab duduk di saf yang paling hadapan, hanya langsir yang menjadi pemisah daripada bahagian lelaki.

pang!!!

" apa hak kau nak pukul aku, hah? " adele pandang isya kecil besar kecil besar, nasib baik tak tercampak je lengan dia.

" kau yang tak paham bahasa. salahkan diri sendiri ya, siah. " isya buat muka tak bersalah manakala adele dah menyampah.

" emo la kau ni, ad. setakat kena tamparan lembik, tu pun nak maghoh ke? " sampuk daisy.

" ohhh, lembik? mak cik, kau try tampar dia sekarang. " arah adele kepada isya.

" ehhh, asal aku kena ikut arahan kau pulak? apa hak kau nak arah - arah aku? "

" ada yang aku kahwinkan jugak budak berdua ni nanti, gaduh tak berhenti. " daisy tergeleng - geleng sebelum berdiri apabila imam sudah mula memberikan arahan untuk bersedia menunaikan solat Zohor berjemaah.

" euw! "

" iyaks! jijiks! "

serentak adele dan isya memberi response.

" betulkan saf, rapat - rapatkan saf. " jelas suara itu datang daripada bahagian lelaki.

" baik aku kahwin dengan mingyu. memang taklah nak kawen dengan kau, not my taste at all. " adele melanggar kuat bahu isya di sebelah.

" Allahuakbar! " takbir bergema di seluruh surau.

" amboiii. habis, kau ingat kau taste aku? heh, tak hingin! "

" shhh! " teguran dari belakang menyedarkan adele dan isya supaya diam, apa punya perangai orang dah solat pun boleh perang mulut lagi?

daisy yang tengah solat tapi tak berapa nak khusyuk pulak hanya mampu menahan gelak mendengar kedua sahabatnya ditegur.

" PADAN MUKA! "

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" tak sabar nak balik rumah. " adele tersenyum senang saat mereka bertiga turun dari surau.

" let's go- eh, ad. " adele yang tengah pakai kasut terus pandang isya lalu bersuara,

" kenapa? " saat itu jugak isya dekatkan diri dengan adele.

" cuba kau tengok dekat pintu masuk lelaki tu. nampak tak apa yang aku nampak? " isya sudah tersengih - sengih manakala adele masih perhatikan lokasi yang dikatakan, senyuman manis terus terlakar pada bibir.

" ha, korang usya siapa, hah? tak cakap kat aku pun. takpe - takpe. " sampuk daisy.

" ish, siah ni. tu, pintu surau lelaki. pengawas baju warna hijau, paling tinggi. "

" halah, handsomenya! " terus tersengih daisy dibuatnya.

" ah, takde. aku punya. " bidas adele.

" eh, sejak bila pulak ni? "

" sejak kau tak datang semalam, first meet kitorang. ehehehe. " adele tersenyum sendiri mengingatkan pertemuan pertama mereka.

" amboi, love in a first sight ke? " daisy tak mampu sembunyikan rasa teruja, bersinar - sinar mata dia.

" bukan love laaa, interested je. dia nampak baik, kena siasat dulu. buatnya aku terjatuh suka yang betul - betul punya lepastu dapat tahu yang dia teruk, mau menangis aku satgi. "

" ha, tu aku setuju. nanti kita stalk dia eh. " isya bersuara dengan penuh semangat.

" apa nama dia, ad? " soal daisy, curious pulak tentang lelaki yang buat adele terjatuh minat ni dan saat itulah adele,

" baru sedar yang aku tak tahu pun nama dia. "

mungkin nama kamu itu tidak aku tahu,
tapi melihat kamu saja sudah mampu membuat aku tersenyum malu —

' 17 ogos 2021

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now