tujuh belas °+-••'

26 7 0
                                    

" baru aku teringat! "

" apa kau? " soal daisy.

" aku ingat nak– " ayat sengaja digantungkan sambil tersengih - sengih.

" nak apa kau? ni mesti yang gatal - gatal, kan? " isya menuding jari.

" esh, mana ada! aku ingat nak ajak qamar adhlan ambik gambar berdua. "

" weh, nice! aku setuju! aku sokong! " daisy menepuk - nepuk tangan berkali - kali sementara isya masih lagi loading.

" bila? "

" khamis nanti? kan ada program untuk lower form, so cikgu - cikgu mesti sibuk. " daisy senyum meleret, sudah membayangkan suasana nanti.

" eh, kau! kalau akhir tahun nanti ke, lepas dia SPM ke, oke lagi! ni awal sangatlah weh, kau nak kena hadap dia, lama lagi tau! kalau kau ajak ambik gambar, tak segan ke kalau terserempak nanti? " dahi isya berkerut.

" chill sudah la. " selamba balasannya.

" kau ni confident sangat la, ad. kalau dia tak selesa macam mana? "

" support jela, isya. kau duk cakap macam ni, kang tak pasal - pasal pulak overthinking budak ni. " tegur daisy.

" tapi, ada betulnya jugak kata isya. buatnya dia menjauh dari aku? avoid aku? "

" takdenya. try la dulu, tak cuba tak tahu. " daisy menyalurkan keyakinan.

" lagipun, dah nak masuk 4 tahun kot kau suka dia. takkan la takde hasil? " sambungnya lagi.

" lagipun, next year dia dah takde– " wajah adele berubah suram.

" ad, oke - oke. nanti aku dengan daisy teman kau ambik gambar dengan dia. " isya cuba mengembalikan mood adele.

" ha, boleh - boleh! " daisy dan isya ikut tersengih melihat adele yang kembali bersemangat.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" confirm eh takde orang? " adele memandang daisy dan isya sambil mata meliar ke sekeliling.

" ya, line clear. " daisy menayang thumbs up.

" dah, pergilah cepat. " isya mengangguk sebagai pemberi semangat.

adele menggigit bibir bersama jantung yang tak usah dikata, bagaikan mahu meletup. hanya tunggu masa saja.

lebih - lebih lagi apabila dia semakin hampir dengan qamar adhlan yang sedang duduk di sebuah kerusi batu berhadapan koperasi. lelaki itu sedang berbual bersama safwan.

" ya Allah. weh, takutlah. macam mana kalau dia tolak aku mentah - mentah? " adele menoleh memandang kedua - dua sahabatnya.

" ey, line tengah clear ni. cepatlah. pergi je. " arah daisy.

" dah la aku pon berdebar ni, rasa nak terkencing dekat sini jugak. " dia turut memerhatikan qamar adhlan.

" ha, tulah. aku rasa nak menangis sebab berdebar. " sahut isya sambil memegang dadanya.

" korang ni, patutnya tenangkan aku. "

" kitorang tolong berdebar untuk kau ni. " balas isya.

" ya - ya je korang. " adele berjalan ke arah qamar adhlan sambil menggigit bibir, dia diiringi oleh daisy dan isya di kedua - dua sisi.

safwan yang menyedari kehadiran mereka bertiga terus melemparkan senyuman manis,

" hai! " sapanya ceria.

" hai, safwan! " balas isya, daisy hanya tersenyum manakala adele pula tak lepas daripada memandang qamar adhlan yang sudah menunduk.

" er– " adele gigit bibir bawahnya dengan kuat.

safwan yang menyedari tindakan adele tersenyum nipis sebelum memandang ke arah sahabatnya, lelaki itu disiku perlahan.

qamar adhlan tengok safwan dengan blur. tapi, safwan hanya alihkan pandangan ke arah daisy dan isya. mereka bertiga saling tersengih.

" saya nak ambik gambar dengan akhi, boleh tak? " qamar adhlan yang terlalu terkejut terus toleh melihat adele,

" hah? " serentak dengan respon qamar adhlan, adele terundur ke belakang akibat terlalu terkejut.

' 10 september 2022 ; 4.52 a.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now