tiga °+-••'

38 10 0
                                    


— inikah dia benih - benih cinta?

" haih, bila nak start ni? dah penat aku berdiri dari tadi. dia orang nak buat perhimpunan ke tak sebenarnya? " adele bergerak ke kiri dan kanan, dia tak boleh nak duduk diam.

" halah, kau ni. macam tak biasa. sembang je cakap perhimpunan start pukul 7.15, 7.30 baru ya. " sampuk rakan adele dari barisan sebelah, fin.

" kata - kata melayu, biasalah tu. " tambah gadis di hadapan fin, hazrah.

" tu ha, MC dah naik pantas. " kata fin apabila seorang lelaki berbaju biru mula menghampiri microphone.

" assalamualaikum, kita mulakan perhimpunan pada pagi ini dengan bacaan surah al-fatihah. " kawasan dewan yang tadinya riuh mula sunyi apabila bibir masing - masing terkumat - kamit mengalunkan ayat suci al-quran.

" bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, perhimpunan diteruskan dengan bacaan asma ul-husna yang akan diketuai oleh qamar adhlan. dengan segala hormatnya, dipersilakan. " pengerusi majlis menapak ke belakang.

terus segar mata adele yang tadinya mengantuk saat nama itu masuk ke pendengaran,

" sedapnya nama dia! " fin di sebelah disiku.

" tuan dia pun boleh tahan kacak. " fin muncungkan bibir sekilas ke suatu arah, adele terus berpaling ke tempat yang ditunjukkan.

saat itu, badan adele kaku apabila berjaya menangkap figura yang sedang mendaki tangga pentas. tangan dibawa naik ke bibir bersama mata yang terkelip - kelip tak percaya.

senyuman nipis serta tundukan kepala si dia buat hati adele tak aman. lengan baju yang disinsing kemas hingga ke siku buat jantung adele berdegup dengan kelajuan dua kali ganda.

ya Allah, inilah dia ciptaan-Mu yang paling indah.

" al-asma ul-husna. " sebut qamar adhlan sebagai pembukaan.

" Allah. " laju tapak tangan adele terarah ke dada sendiri.

suaranya indah sekali, ya Allah.

" ad. " panggilan itu menyentakkan adele, fin di sebelah dipandang.

" kau okey tak? " fin menyoal dengan penuh kerisauan.

" tak, fin. aku tak okey, jantung aku...nak meletop. " dahi fin berkerut, jantung boleh meletop?

" sebab qamar adhlan. " mata fin membulat apabila adele menyambung ayatnya sebelum bibir sebelah kanan dia mengherot naik tanda faham apa yang adele cuba sampaikan.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" sukalah tu. " usik isya sebaik saja mendekati adele.

" butterflynya parah, weh. " adele tersenyum - senyum.

" ruginya kita semua barisan lain - lain. kalau tak, boleh tengok kau simp. " usik isya.

jawatan yang disandang menjadi punca mereka bertiga terpaksa berpisah, adele murid biasa, daisy pengawas siber, isya pulak pengawas rakan sebaya.

" lepasni kita kena get ready la untuk tengok adele senyum sorang - sorang. " tambah isya lagi sebelum mereka bertiga bergerak meninggalkan kawasan dewan.

" kuat betul jodoh korang, eh. asyik terserempak je ni. " usik isya apabila ternampak kelibat qamar adhlan yang baru keluar dari bilik guru.

memandangkan mereka bertiga perlu melintasi bilik guru, mereka juga perlu berselisih dengan qamar adhlan terlebih dahulu sebelum melintasi bilik itu.

qamar adhlan yang sedang mengikat tali kasut tiba - tiba mendongakkan kepala dan tanpa sengaja, pandangannya bertembung dengan mata adele.

tatapan itu sekilas sebelum qamar adhlan terlebih dahulu melarikan pandangan. adele pula terkaku di tempat dia berdiri, terkelip - kelip mencerna kejadian tadi.

satu lagi hal indah tentang seorang qamar adhlan, iris hitam pekat yang dimiliki cukup menawan untuk dipandang.

" aaa! kau nampak tak tadi, isya? " daisy menahan diri daripada melompat.

" mestilah nampak. first eye-contact adele dengan awek dia kot! mana boleh terlepas. "

adele pula masih dengan dunia sendiri, masih setia memerhati si jejaka yang makin dia kagumi tanpa henti. nampak seperti dia benar - benar sudah jatuh hati.

usai dengan kasutnya, qamar adhlan berdiri. seperti biasa, tundukan kepala mengiringi langkahnya.

lelaki itu melangkah pergi ke arah bertentangan, mengelakkan diri daripada melalui jalan yang adanya tiga orang kaum hawa.

segala tentang dirinya, indah - indah belaka —

' 19 ogos 2022 ; 6.10 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now