sembilan belas °+-••'

26 10 0
                                    

apabila adele kata "it's time to let him go", dia tak main - main. dia langsung tak ambil tahu tentang qamar adhlan lagi dah.

adele hanya tenang dan langsung tak terkesan jika bertembung dengan qamar adhlan. kadangkala, daisy dan isya pula yang overthinking melihat keadaan adele dengan qamar adhlan.

tapi daisy dan isya tahu, jauh di sudut hati adele, dia masih menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. cuma dia tak lagi menceritakan perihal lelaki itu kepada mereka, tak ada lagi riak bahagia jika terserempak.

qamar adhlan pula, jelas menunjukkan yang dia mengelak daripada adele. bila ditanya kepada safwan, dia juga tak tahu apa - apa. katanya, kalau ditanya tentang adele, qamar adhlan sering mengelat.

adele sedang cuba merelakan segalanya, melepaskan bukan bererti melupakan. adele juga mula belajar mengagumi tanpa mendekati, menyukai tanpa mengejar lagi.

keadaan itu berterusan sehinggalah ke akhir tahun. sekarang, merupakan hari terakhir sekolah pada tahun ini. dan mungkin–

hari terakhir adele melihat qamar adhlan di sekolah.

" kau tak nak tegur dia langsung, ad? " soal daisy.

" harini last tau, peluang takkan datang dua kali. " ujar isya pula.

adele geleng,

" tak nak. biarlah dia enjoy dengan member - member dia. biar dia happy - happy sebelum berpisah, aku tak nak potong mood dia. "

" ad, aku bukan apa. tapi, aku sarankan kau pergi tengok dia. takpelah tak tegur pun tapi tenung dia buat kali terakhir. " daisy tersenyum nipis.

" at least, hantarlah dia balik walaupun dengan pandangan mata je. " pujuk isya pula.

adele mendongak menatap langit sebelum menghembuskan nafas perlahan - lahan. dia terangguk - angguk lalu berdiri,

" okey. " daisy dan isya berbalas senyum.

pantas mereka bertiga bergerak ke pagar belakang. alkisahnya, qamar adhlan balik melalui pintu sana.

" eh, korang buat apa kat sini? bukan korang balik ikut depan ke? " kuat betul jodoh dengan si safwan je, ada je dia.

" memang la balik depan. tapi, si ad ni ha. " isya tersengih, safwan terus pandang adele.

" tapi, lan dah balik. " seolah - olah tahu tujuan mereka datang ke sini, safwan terus memberitahu.

dan kata - kata safwan, memusnahkan semangat adele. air liur yang ditelan terasa perit, bibir digigit kuat.

" oh. " adele tersenyum paksa.

" takpelah. thanks, safwan. " adele berjalan pergi tanpa semangat, seolah - olah kalau ditiup angin, pasti dia akan tumbang.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

adele mengintip instagram milik qamar adhlan. tak ada apa - apa pun. post zero, story pun sekali sebulan. tapi cukuplah profile photo yang memaparkan tuan empunya badan jadi pengubat rindu buat adele.

tiba - tiba, dia dihuni rasa menyesal kerana abaikan lelaki itu. walaupun lelaki itu cuba mengelak darinya, dia seharusnya mengambil peluang untuk melihat lelaki itu sepuasnya selagi empunya badan masih berada di sekolah.

dan sekarang, semuanya dah terlambat. selepas ini, tiada lagi adele yang bakal menggila disebabkan seorang lelaki. dan adele, perlu mengharungi tingkatan 5 tanpa seorang crush.

salah satu punca dia bersemangat untuk ke sekolah sudah lesap. dan dia, tak dapat melihat qamar adhlan buat kali terakhir. itulah hal yang paling dia kesalkan.

" kau kena move on, ad. jangan seksa diri sendiri lagi. move on yang sebetul - betulnya. " dia memandang pantulan diri pada cermin, senyuman manis dilakarkan sebagai penyemangat.

" kau boleh, ad! dia bahagia tanpa kau, kau pon mestilah boleh survive tanpa dia! "

' 10 september 2022 ; 2.27 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now