lima °+-••'

32 10 0
                                    


— semoga aku baik - baik saja, setelah bersua dengannya

" lan. " saat nama itu disebut oleh lelaki beruniform hijau dengan nametag 'safwan', lelaki yang sedang mencatat sesuatu pada sebuah buku mengangkat kepala.

" kawan - kawan panggil dia lan? comelnya! " hati adele bermonolog sebelum bibirnya dikemam kuat, menahan senyuman daripada terukir lebar.

" aku baru teringat yang aku kena jumpa cikgu. boleh ke kau jaga sorang? " kelihatan safwan memasukkan beberapa batang pen yang bersepah di atas kaunter ke dalam bekas alat tulis.

" mestilah boleh, kau pergi jelah. lagipun, dah tak ramai orang. "

ALLAHUAKBAR! SUMPAH ADELE TAK KUAT! SOFT-SPOKEN NAK MAMPOS, GILA! DAHLAH SUARA PUN LEMBUT AJE. YA ALLAH, LINDUNGILAH JANTUNG DAN HATI ADELE!

adele rasa tangan dia terketar - ketar, nafas yang diatur mula lari rentak normal. rasa nak mampos teros dekat situ!

" eh, awak nak bayar ke? " tak cukup hampir pengsan sebab dengar suara encik crush, adele ditegur pula sebegitu rupa oleh safwan.

safwan ni, lelaki yang pernah hadiahkan senyuman dekat dia sewaktu pertama kali mereka bertemu. alah, hari yang sama adele bertemu lan.

tanpa fikir panjang, adele terus bertindak meletakkan semua makanan yang berada dalam pegangannya di atas kaunter dengan sepantas kilat lalu mula membuka langkah seribu.

" eh, awak! " panggilan daripada safwan tak dihiraukan lagi.

mujur saja di dalam koperasi itu cuma tinggal adele, safwan serta daisy dan isya yang mulai panic melihat adele yang tiba - tiba melarikan diri.

dan qamar adhlan,

dialah yang paling tertanya - tanya. yalah, siapa tak pelik kalau tiba - tiba je orang buat perangai pelik macam adele? datang, lepastu bila ditegur, blah.

tapi qamar adhlan tak tahu,

dialah penyebabnya.

dan sayang,

dia tak tahu apa - apa.

bahkan jika disebut nama adele,

dia langsung tidak mengenalinya.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" kau kenapa tadi, weh? " soal daisy dengan riak wajah kerisauan dekat adele yang sedang mengurut dada sendiri sambil menarik dan menghembus nafas berulang kali bersama mata yang terpejam rapat.

" dia ada buat apa - apa yang tak elok dekat kau ke? " isya mula bertindak memegang kedua - dua belah bahu adele, cuba untuk menyedarkan gadis itu.

adele tergeleng - geleng lalu membuka mata,

" mula - mula, aku dah simp sebab rasa comel gila bila member panggil dia lan. lepastu dengar je suara dia, aku terus rasa sesak, tangan aku shaking, tahu tak? " adele kembali menutup mata lalu menghembus nafas kasar.

" ad, kau dengar suara dia saja pun dah macam ni, macam mana kau nak bercakap dengan dia nanti? " soal daisy, laju adele menggeleng.

" aku tak rasa yang aku akan bercakap dengan dia. confirm korang dah takkan jumpa aku lepastu, dah masuk alam barzakh teros agaknya. "

" amboi, kau. bukan main eh. tapi maybe sebab kau shock? yela. butterfly dengar nama panggilan dia dah satu, dengar pulak suara dia.

it's normal, ad. cuma maybe sebab kau extrovert, so kau luahkan apa yang kau rasa tu dengan action. " isya senyum.

" aku– tak gila, kan?" terus tergelak daisy dan isya.

" takyah nak mengada sangat, ad. kau tu dilamun cinta je, belum ada masalah mental lagi. tapi tak tahulah kot - kot nanti kau boleh mental sebab cinta? " isya mula mengusik.

tapi, adele pula overthinking. macam mana kalau dia betul - betul pitam disebabkan seorang qamar adhlan?

kerna kamu ya tuan, jantung aku tak bisa aman —

' 18 ogos 2022 ; 10.42 p.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now