01 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

45.3K 1.2K 24
                                    

Adriana Humayra satu-satunya anak perempuan Malik Khan dan Maria Jane. Mempunyai 3 orang abang dan dua dari nya adalah 'kembar'.

Terlalu banyak rahsia yang tersembunyi dalam keluarga mereka yang Adriana sendiri tidak tahu.

Walaupun ada 3 orang abang yang sado lagi handsome yang mengikut baka babah nya, Malik Khan tetapi dia lebih rapat dengan abang beku. Yes!! Itulah gelaran Adriana pada salah seorang abangnya.

Bukan apa tetapi masalah nya Adriana sendiri pun pening. "Dengan aku je beku, dengan aku je marah-marah. Dulu sekolah tak habis ke dia ni? Adab kat mana? Ke memang dia tak tahu ekpresi yang patut dia tunjukkan?"

Bukan dia saja yang pening dengan si 'kembar' ni malah Malik Khan dan Maria Jane juga pening bila mengenangkan hubungan anak perempuannya dan si kembar itu. Sering bergaduh tetapi orang melayu kata apa tu "but need each other" haaa gitu lah cerita nya.

Sejak keci lagi Adriana di ajar untuk jaga batas pergaulan. Malik Khan dan Maria Jane sangat beruntung dan bersyukur kerana didikan dan ajaran pada anak-anak nya terutama anak perempuan nya tidak liar dan tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebayanya.

Mana tidak nya kemana sahaja Adriana pergi, 3 bodyguard tanpa upah akan berada disisinya.

Dapat la rasa macam orang "have-have" kan.

"Woi!!!! Dah habis dah berangan?" Jerit Harraz Mikael.

Yes!!! Itulah orang nya Harraz Mikael. Memang tidak ada budi bahasa yang baik ya. Walaupun "abang".

"Ish abang Raz ni! Orang tengah fikir lah. Bukan berangan!" Jawab Adriana.

"Tak payah nak menipu aku. Ingat aku bodoh ke? Tengok gaya kau ni macam ada udang balik mangkuk. Kau nak plan apa lagi eh" Bertubi-tubi soalan diajukan.

"Sudah lah Raz, kau ni dengan adik pun kasar. Apa tak boleh ke cakap elok-elok?" Celah Hanan Mirza.

Siapa Hanan Mirza ini? Of course abang kesayangan Adriana! Orang yang selalu backup Adriana dari abang beku red flag kita ni.

Abang sulung yang agak soft spoken orang nya. Adriana lebih selesa untuk bercerita dan mnegadu dengan Hanan berbanding yang lain.

"Eh abang Han, baru balik? Iyan ingat abang dekat atas tadi" Adriana mulakan langkah untuk melarikan diri dari abang bekunya.

"Ha'ah baru je balik dari office. Masuk rumah je dengar bunyi petir. Terus abang cari adik. Yela adik kesayangan abang kan penakut heh" Cebik Adriana. Ceh dalam pada nak tolong adik dia, sempat dia mengata kita.

"Dah la, malas aku layan kau orang berdua ni. Baik aku naik bilik. Oh by the way Adriana ingat eh aku tak nak dengar masalah kereta kau tu lagi eh!" Ada bau amaran disitu. Mati lah kalau kereta tu break down lagi. Confirm aku kalau tak kena maki dengan abang beku tu, mesti dia akan tarik balik kereta "Porsche" a.k.a myvi raja jalan raya milik nya.

Bukan mudah nak berurusan dengan Harraz Mikael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bukan mudah nak berurusan dengan Harraz Mikael. Satu soalan di ajukan 10 yang akan menanti. Bukan jawapan tetapi soalan.

*Tok!tok!*

"Abang Raz, oo abang Raz"

"Iyan masuk tau!"

"Haa masuk lah" Bukan Harraz yang menjawab tetapi Adriana sendiri. Berani mati budak ni.

"Iyan nak pinjam charger phone tau. Nanti Iyan pulang balik eh tapi esok lah!"

"Haa ambil lah" Pun bukan Harraz yang jawab.

Belum sempat dia keluar dari bilik abang beku, eh tiba-tiba Harraz dah tercegat di balik pintu bilik nya.

"Err... I.... Iyan... Err"

"Seronok masuk bilik orang tanpa izin?"

'Mati lah aku kali ni'

"Errr... Iyan... Errrr" terus gagap Adriana bila Harraz berada di belakang nya. Kali ni memang tak ada peluang boleh lari dari Harraz. Mati lah!

"Sejak bila mama ada anak gagap?" Kedua keningnya terangkat sambil memeluk tubuh.

"Seronok masuk bilik orang lepas tu ambil barang orang? Huh" Soalan itu diulang lagi.

"Er... Iyan punya charger hilang tak tahu kat mana. Sebab tu nak pinjam abang Raz punya pweess. Phone kita kan machi-machi." Ingat Harraz nak lembut hati ke Adriana oi.

"Habis aku tak payah charge phone aku ke?" Soal Harraz.

"Err.. Abang Raz kan banyak duit. Beli je lah yang baru" Senang nya mulut Adriana jawab.

"Macam ni lah. Make it simple.."

"Apa tu abang Raz.." Sambil membuat muka comel Ingat Harraz cair ke?

"Kau ambil lah charger aku ni tapi kereta kau rosak ke apa ke aku tak nak tanggung. Even rosak sekali pun aku tak kan tolong. Boleh?" Syarat Harraz kali ni pelik ya.

"Ish mana aci.."

"Aci siapa? Kau jangan macam-macam eh pulang balik! Kau kerja kot mana pergi duit kau?"

"Ada lah tapi kalau pinjam abang Raz punya kan lagi bagus. Seorang abang sepatutnya kena selalu bantu adiknya dan tak boleh marah-marah...."

Belum sempat Adriana habiskan ayat nya. Harraz merampas charger IPhone nya dah menolak Adriana keluar. Pap! Malas dia mahu mendengar adik nya mula membebel.

Jadi sekarang tahu dah kan Harraz dapat dari mana teknik membebel dia tu. Yes! Adriana ni tak boleh di biarkan kalau di biarkan boleh sampai planet Pluto tau bebelan dia. Sebab tu di universiti kebanyakan classmate dia menggelarkan dia nenek lampir tak pun princess bullet train.

Bila dia mula bercakap memang tak jumpa la titik noktah tu.

Bila dia mula bercakap memang tak jumpa la titik noktah tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

COMMENT DAN VOTE BANYAK-BANYAK

HOPE YOU GUYS ENJOY THE STORY

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now