44 | ABANG BEKU RED FLAG

11.1K 598 96
                                    

Tidur Adriana terganggu dengan kesakitan di bahagian belakang.

"Adriana! Kenapa tu sayang. Sayang sakit belakang ke" Tanya Harraz.

'Aik dia ni tak tidur dari tadi ke?'

"Ah.. T-tak ada apa. Tidur lah" jawab Adriana.

"Boo, come cuddle with me. Lay down here with me. Please" pinta Harraz.

"T-tak nak.. Nanti abang Harraz tak selesa. Iyan kena marah lagi nanti. It's okay. Iyan okay je dekat bawah ni."

Adriana terus melelapkan matanya.

Air matanya sudah mula mengalir, sungguh saat ini dia hanya mahu pelukan hangat dari suaminya supaya kesakitan ini hilang pergi.

Apakah kasih sayang Harraz masih sama seperti dulu terhadap dirinya.

"Iyan...... a..aku tahu kau sakit dekat bawah. Please... I'm beg! Lay down here... Aku tak sanggup nak tengok kau sakit. Dayus nya aku bila isteri aku di bawah menahan kesakitan sedangkan aku di atas selesa." ucap Harraz.

"A-abang Harraz.. Tidur lah.. I-iyan okay je. In shaa Allah. Iyan tak nak abang Harraz tidur dalam keadaan marah. Tidur lah hubby. I...Iyan minta maaf. Selamat malam.." Adriana cuba menutup matanya tetapi makin di tutup makin deras air matanya mengalir.

Harraz bangkit dari tempat tidurnya lalu mendukung Adriana ke atas katil. Kemudian dia keluar dari bilik tidur itu.

"A...abang Harraz, No! No! Put me down!" Arah Adriana.

"No! I won't make you hurt again and again sayang! Sleep here. Make yourself better." Jawab Harraz.

"Allah! Aku jahat pada isteri aku Ya allah. Hina nya hamba mu ini Ya allah. Aku bodoh, aku buta. Aku terlalu percaya pada orang luar sedang kau kurnia kan aku sebaik-baik wanita untuk aku. Aku suami tak guna!!! Arghhhhh"

Buk!!! Harraz menumbuk dinding di luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buk!!! Harraz menumbuk dinding di luar rumah. Dia marah dengan dirinya. Kerana kebodohan yang di buat, dia telah menghancurkan hati insan yang paling dia cinta dan paling bermakna dalam hidupnya.

"Ya Allah, Harraz! Awat hang ni. Tengah malam dah ni awat menumbuk di luaq ni?" Sapa Tok Wan.

"Tok Wan!!!!! Maafkan Harraz tok! Harraz tak guna. Harraz jahat dengan cucu atok. Bunuh je la Harraz." Teriak Harraz.

Adriana terdengar kekecohan di luar. Dia menjengah ke tingkap luar. Air matanya laju membasahi bumi.

'Abang Harraz, Iyan minta maaf bukan Iyan nak lari dari masalah mahu pun lari dari abang Harraz tetapi kata-kata abang Harraz buat Iyan takut. Takut jika Iyan harus terluka sekali lagi. Bagi Iyan masa untuk terima semua ini.'

"Apa hang cakap ni Harraz. Apa yang jadi sebenarnya antara hangpa berdua ni?" Tanya Tok Wan.

"Harraz tak guna tok! Raz jahat dengan isteri Raz. Raz tuduh dia macam- macam. Dia menahan sakit selama empat bulan Raz tinggalkan dia. Raz tak tanya khabar langsung." ujarnya

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now