46 | ABANG BEKU RED FLAG

9.3K 505 41
                                    

Harraz meminta sesuatu dari Adriana. Untuk pertama kalinya permintaan Harraz adalah permintaan yang sama selama ini dia sendiri ingin kan sejak dia tahu bahwa dia sedang mengandung.

"Aku nak kita tidur sekatil. Tak apa kalau perlu letak tembok bantal sebagai penghalang sekali pun. Tetapi aku tak mahu kau tidur dia bawah mahupun aku tidur di sofa." Jelas Harraz.

Adriana hanya diam, dia terus masuk ke bilik tidur. Dia menukar pakaian tidurnya yang lebih selesa. Dia mengenakan pajamas jenis silk berwarna merah jambu paras lutut. Dia tahu Harraz sedang memandangnya dengan tajam. 'Ingat eh, masih puasa. Sabar dulu.' Bisik hati nakal Adriana.

Tanpa dia sedar. Harraz sudah memeluk nya dari belakang.

"I miss you babyboo. Wangi nya kau malam ni." ucap Harraz. Tangannya sudah mula menjalar mengusap perut Adriana yang memboyot itu.

"Baby jangan jealous malam ni daddy tidur dengan mummy." ujarnya lagi. Sempat juga dia mencium tulang telinga Adriana.

Sengaja dia meletakkan dagu di bahu isterinya. Adriana hanya diam dengan perbuatan Harraz terhadap dirinya.

Sesungguh dia amat merindui belaian dari suaminya.

"Babyboo, kalau sakit pinggang cakap tau. Aku urutkan. Malam ni aku akan buat apa sahaja permintaan kau. Esok aku kena balik KL, nanti mesti aku rindu bau badan kau, peyut bulat kau, pelukan kau dan suara manja kau tu" Jelas Harraz.

"A-are you okay abang Harraz. K-kenapa cakap macam tu?" Tanya Adriana. Sejak siang tadi, Harraz berkelakuan pelik. Pasti ada yang tidak kena.

'Iyan! Stop! Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Perasaan kau je tu' bisik hatinya.

"Iya lah. Penang dengan KL jauh kot." jawab Harraz dengan selamba.

Harraz mengurut lembut lengan Adriana. Sejak kandungan Adriana mencecah lima bulan. Keadaanya semakin tidak stabil. Tubuh nya sering sakit lagi-lagi di bahagian pinggang.

Tetapi tidak malam itu. Segala sakit nya hilang di saat Harraz memeluknya dengan erat.

"Thank you for allow me to hug you for while. I'll miss this moment after this. Kalau jodoh kita tak panjang, izin kan aku untuk rasa bahagia malam ni bersama kau, sayang." Ucap Harraz.

Air mata Adriana sudah mula membasahi pipi. Sungguh dia juga merasa bahagia saat ini.

Dia sangat merindui pelukan hangat suaminya yang hilang sejak empat bulan lalu.

Adriana membalas pelukan Harraz ketika itu. Berkali-kali Harraz mencium pipi Adriana dari belakang.

"Good night babyboo, little boo daddy" bisik Harraz di telinga Adriana.

Adriana tersenyum manja dengan suara Harraz yang serak basah itu.

"Good night hubby, daddy kepada little boo Adriana" balasnya.

Kedua-dua tangan mereka bersatu dengan erat.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now