47 | ABANG BEKU RED FLAG

9.5K 549 72
                                    

"Harraz!!!!"
"No!!"
"Harraz!!!!"

"Iyan, cu... Hang ni pasai apa teriak tengah malam ni?" Kejut Tok Umi.

"No!!"
"Please don't go!!"

"HARRAZ!!!!! NO!!!!"

Adriana masih lagi menjerit dan tidak sedar kan diri. Entah apa yang dia mimpi kan itu.

Sudah dua hari berturut-turut dia mimpi benda yang sama.

"Allahuakhbar, Adriana Humayra!!! Bangun!!! Hang pasaipa. Bangun lah cu." Jerit Tok Wan.

"Hah!!" Adriana terkejut. "T-tok Wan T-tok Umi, I-Iyan nak balik KL. Tok Wan hantar kan Iyan boleh?" Minta Adriana. Dia bingung melihat atok dan nenek nya.

Apa yang dia tahu dia mahu pulang ke Kuala Lumpur saat itu juga. Sejak perbalahan antara mereka berdua dua minggu lalu, Harraz sudah mula kurang menghubunginya. Adriana cuba berfikiran positif, mungkin suaminya sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak sempat untuk menanya khabar tentang dirinya. Walaupun hatinya menidakkan semua itu.

Tetapi berbeza dengan hari ni. Hatinya mula tidak keruan. Seperti ada yang tidak kena tetapi dia sendiri bingung dengan perasaan itu.

"Hang tu pasaipa jerit-jerit? Mimpi apa? Hang cuba terang kan pada Tok Wan la ni juga!" Soal Tok Wan dengan tegas.

"I-Iyan nak jumpa Harraz... Tolong Tok Wan." Pinta Adriana. Dia merayu supaya dia dapat pulang dengan segera.

Tangan nya menggigil. Dia seperti ketakutan. Dia mencapai telefon untuk menghubungi suaminya tetapi langsung tidak dapat di sambung kan.

Tok Wan dan Tok Umi meminta Adriana untuk bersabar sehingga pagi esok. Mereka akan berangkat ke Kuala Lumpur awal pagi esok.

Sejak Adriana sedar dari mimpi nya, dia tidak bisa menutup matanya untuk tidur. Hatinya tidak senang selagi tidak melihat Harraz di depan matanya.

Adriana menghantar satu pesanan ringkas buat suaminya tetapi masih tidak di balas.

-Hubby Yayan-

"Hubby.... Hubby okay tak? Iyan nak call hubby boleh? I-I need you now!!"

"Hubby please pick up the phone!"

"Hubby please don't leave me, don't leave little boo too!"

Apa yang dia mimpi membuatkan dia takut untuk tidur.

Dia menjeling jam di telefon, jam menunjukkan jam tiga pagi. Pantas sahaja suaminya tidak membalas pesanan nya. Dia membuang perasaan yang membelengu dirinya saat itu.

 Dia membuang perasaan yang membelengu dirinya saat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal pagi lagi Adriana sudah bersiap. Selesai sahaja azan subuh, dia menyiapkan diri untuk solat subuh dan kemudian dia menunggu Tok Wan dan Tok Umi di ruang tamu.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now