45 | ABANG BEKU RED FLAG

10.5K 554 100
                                    

Percutian dua hari satu malam yang di janjikan oleh si beku kali ini adalah misi mencuri semula hati si isteri.

"Babyboo, jom kita check in hotel selepas tu kita terus pergi petik buah strawberry yang sayang teringin kan tu eh!" Ucap Harraz.

"B-b-bila masa Iyan kata Iyan nak?" Soal Adriana. "Eh salah! A-aku yang nak" Harraz membetulkan ayatnya. "T-tapi kau bukan teringin juga ke?" Harraz mengangkat sebelah kening nya sambil memandang ke arah Adriana. "K-kalau Iyan nak boleh je Iyan beli sendiri, Iyan tak akan susah kan abang Harraz lagi." balas Adriana.

"Ha. Tak perlu sebab hari ini kau boleh makan sebanyak mana yang kau nak. Aku belanja sebab baby daddy nak makan kan. Kan sayang daddy kan!" Harraz memeluk Adriana di sisi sambil tangannya mengusap lembut perut isterinya.

Seharian mereka pergi memetik buah strawberry di Strawberry Farm. Harraz melihat Adriana tersenyum lebar ketika sampai di sana. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya dapat membawa isterinya yang teringin kan buah strawberry itu.

'Baby, best tak jalan-jalan. Pandai daddy kan tahu je mummy dengan baby nak makan strawberry. Owh!Owh! Sedap sangat ke buah tu sayang. Active anak mummy hari ni eh' Adriana bermonolog sendirian sambil mengusap perutnya.

Adriana kepenatan memetik buah, dia terduduk di balik pokok strawberry itu.

"Babyboo, are you okay? Little boo daddy penat ke sayang?" soal Harraz.

"Sayang mummy hari ni active, suka dia dapat makan buah strawberry, kan sayang!" jawab Adriana. Tangan nya masih mengusap lembut di perutnya. Tiba-tiba tangan Harraz menindih tangan isterinya untuk merasa baby kick oleh bayi dalam kandungan Adriana.

"Wah little boo daddy ni suka dapat jalan-jalan ya. Daddy tengok mummy mengah dah ni." Harraz tersenyum melihat Adriana. Sejak dia bersama isterinya, jelas kelihatan Adriana sangat manja tapi itu lah ego. Sengaja tunjuk dia kuat padahal sudah lama mengidam nak bau badan suaminya. Ceh!

"Abang Harraz, huh Iyan penat lah. Iyan nak rehat" ucap Adriana. Harraz yang tadinya duduk tersenyum melihat gelagat isterinya yang teruja memetik buah itu terus bangun dan memimpin isterinya hingga ke cafe untuk berehat.

"Kau duduk sini, biar aku yang pesan makanan." Arah Harraz. Adriana hanya menurut arahan sahaja.

Ting!

-Abang Harriz-

"Assalamualaikum. Adik dekat mana? Masih marah lagi ke? Bila nak balik?"

"Waalaikumusalam. Ada apa cari Iyan?"

"Baby, abang Riz minta maaf bagi pihak Tiara. Abang Riz cuma nak tahu adik dekat mana?"

"Iyan dekat Cameron Highland. Iyan tak pasti bila Iyan akan balik. Maaf? Untuk apa? Bukan ini yang kak Tiara mahu kan? Abang Riz sudah lah. Iyan penat. Cukup la serabutkan kepala Iyan ni."

"I-Iyan...Iyan, Tiara nak jumpa Iyan"

"Buat apa jumpa Iyan. Untuk minta maaf? Tak perlu la. Kalau kata maaf dia boleh ubat hati Iyan yang dah luka ni. Boleh lah Iyan balik. Kalau kata maaf dia boleh baik kan hubungan Iyan dan Harraz, Iyan sanggup balik. Tapi semua itu tak akan berlaku abang Riz."

"Iyan please balik lah. Keadaan Tiara tak seperti dulu yang sempurna. Sekarang dia dah lain. She really want to meet you."

"Itu sebab Allah dah balas semua perbuatan yang dia buat dulu. Cukup lah abang Riz. Iyan penat nak hadap semua ni. Sebab mulut dia, suami Iyan tak percaya kan Iyan. Dia benci kan Iyan. Nanti bagitahu isteri abang Riz, Iyan nak ucap kan tahniah pada dia kerana dia berjaya hancurkan rumah tangga Iyan."

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now