10 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

13.4K 696 55
                                    

Selesai sahaja mesyuarat bersama lembaga pengarah. Hanan meminta adik-adiknya untuk tunggu sebentar.

"Do you have any problem Adriana? Harraz?" Hanan menyoal kedua adiknya. Dia yakin antara mereka berdua pasti ada yang tidak kena.

Adriana cepat-cepat memperbetulkan rambutnya untuk menutup kesan merah. Tidak silap kesan itu tidak terlalu kelihatan tetapi selesai sahaja dia mandi pagi tadi, warna merah itu menjadi-jadi pula terangnya.

"Adriana leher tu kenapa? Gatal lagi ke?" Harriz tiba-tiba memberikan soalan cepumas.

"Err. Semalam Iyan tidur rasanya bantal dekat bilik tu sudah lama tidak diganti. Adik abang ni kan allergic. But don't worry Iyan dah sapu ubat dah." Jelas Adriana. Huh! Seram!

"Oh habuk lah tu. Mesti kotor kan? Okay nanti abang Riz tolong you bersihkan bilik. Buang segala HABUK yang ada tu eh." Ditekan kan perkataan 'HABUK'. Dia yakin yang Harriz nampak semua yang terjadi semalam.

"Han apa maksud kau? Apahal tanya aku dengan Adriana ni okay ke tidak?" Harraz malas mahu berbahasa basi. Straight to the point lah.

"Okay look, aku tak nak campur aduk kan soal peribadi dan kerja tetapi waktu kita mesyuarat tadi, aku nampak adik tak selesa. Why? Do you know why Harraz?" Hanan pasti ini ada kaitan dengan pertukaran kerja Harraz ke Norway.

"Abang Han, Iyan tak gaduh pun dengan abang Raz kan! Okay lah abang Han, Iyan kena gerak sekarang. Client dah tunggu. Iyan ada meeting dengan client dalam masa satu jam lagi. We talk later okay abang Han, abang Riz and hmmm.... abang Raz." Adriana bingkas bangun dari tempat duduknya dan bersalaman dengan abang-abang nya sebelum berangkat.

"Adriana!!! Tunggu jap! Aku pun kena jumpa client juga lunch time nanti. So aku gerak dengan kau jela."  Harraz memanggil Adriana. Dia harus mencari tahu apa yang mengganggu adiknya.

"Mampus! Semoga adik dilindungi oleh mu ya Rabb." Ucap Harriz perlahan.

"Allahummadini, fiman hadayyit... "  Hanan pelik melihat Harriz yang berada disisinya saat Harraz berlalu pergi bersama Adriana.

Harriz masih lagi meneruskan bacaan doa qunut.

"Woi Riz kau okay tak ni? Yang kau dok baca doa qunut tu apahal?"  Muka Hanan penuh tanda tanya. Kenapa pula dengan adik kembar otak tiga suku ini. Haish!

"Riz, kau mesti tahu kenapa adik banyak diam sekarang kan?" Kali ini pasti dia akan dapat jawapannya.

"Aku cakap dengan Iyan yang aku dan Harraz akan pindah ke Norway. Lepas tu weh semalam Harraz. Aduh.. Tak apalah." Selamba sahaja Harriz memberitahu Hanan.

"Allahu! Kenapa kau yang bagitahu, Harriz! Lepas itu apa? Baik kau cakap sekarang."  Berkali-kali Hanan menepuk dahinya. Pening lah aku! Patut la Iyan senyap. Mesti dia sedih abang dia pergi tinggalkan dia sekali lagi. Harriz terus pergi meninggalkan Hanan termangu sendirian.

Perjalanan ke Angkasa Holding itu hanya mengambil masa dua puluh minit sahaja tetapi terasa macam perjalanan dari Johor ke Perlis.

"Abang Raz, Iyan nak tanya sikit boleh?" Adriana cuba menghidupkan suasana yang sepi itu.

"Hmm." Harraz tidak menjawab. Tetapi ada aku Kesah!

"Bila abang nak bawa Iyan jumpa dengan 'bakal kakak ipar' Iyan. Hehe." Kau nak kena maki ke Adriana!

"Sekarang aku nak tanya kau, bila kau nak ada boyfriend? Asyik melekat dengan aku saja. Kalau bukan aku, Hanan tak pun Harriz. Cuba la cari boyfriend jangan hidup nak menyusahkan orang sahaja." Itu bukan tanya tapi menyindir dan menyakitkan hati.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now