43 | ABANG BEKU RED FLAG

11.3K 630 135
                                    

Dua minggu berada di Penang terasa tenang. Tetapi ia hanya seketika. Ketenangannya diganggu oleh Harraz.

"Tok Umi ooo Tok Umi. Hari ni Tok Umi nak masak apa? Iyan nak tolong." Sapa Adriana.

"Amboi hang. Happy nampak selalu bangun ja muka tu masam, badan tu lemah. Hari ni lain maciam na." Balas Tok Umi.

"Ish mana ada Tok Umi. Sama je la. Psst.. Tok Umi, apahal cucu Tok Umi tu ada dekat sini? Tok wan dengan Tok Umi call dia ke? Sibuk la dia tu!" Ujar Adriana. Dia menjeling sekilas pada atuk dan neneknya.

Hubungannya dengan Harraz masih lagi sama. Dia mahu ajar Harraz supaya sedar sikit.

Makanan sudah siap terhidang, Adriana terus mengambil tempat untuk makan tengah hari. Sejak berbadan dua ni, dia tidak boleh langsung lambat makan baik pagi, tengah hari mahu pun malam. Nanti mula la badan masuk angin.

"Oi bertuah punya cucu, tuh laki hang ada atas tu. Pi la panggil makan sekali. Ya Allah!" Jerit Tok Umi.

"Eh kena eh? Alah Tok Umi, pandai la dia ambil makanan sendiri. Tinggai bini berbulan-bulan pandai, tak kan cari makan tak pandai kot." balas Adriana.

"Hang ni kalau aku luku kepala hang baru tau rasa na. Dah selesa dekat neraka ka?" soal Tok Umi.

"Alah Tok Umi, dia tinggai bini tu tak tanya khabar langsung bukan ahli nereka juga ka? Takpa biaq pi. Kita buat reunion dekat neraka sana. Senang sikit. Tok Umi nak join sekaki daq?" Balas Adriana. "Nasib duit jajan kasi, kalau daq ni Iyan pi saman dia." sambungnya lagi.

Baru sahaja Tok Umi nak luku kepala cucunya yang satu ini, tiba-tiba ditahan oleh tangan Harraz.

"Haa nasib baik laki hang tahan. Kalau daq, botak kepala aku kerja kan." teriak Tok Umi.

"Duduk la makan. Saya tak larat nak bangun sebab tu tak panggil abang Harraz makan sekali." ujar Adriana.

Suasana yang tegang dek bebelan Tok Umi tadi kembali tenang. Sekarang sudah terang lagi bersuluh macam mana tittle nenek lampir tu boleh wujud kan.

Selesai makan tengah hari, Adriana duduk di pondok di tepi rumah Tok Umi, sambil memotong mangga muda. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa rasa nyaman sahaja.

Kecur air liur menahan rasa masam buah mangga itu. Lama sudah dia mengidam, baru hari ini dia dapat makan.

"Aip! No! Babyboo, masam ni ibu mengandung mana boleh makan benda ni!" celah Harraz.

"Apa pasal sibuk nak peduli tentang saya sekarang? Biar lah kalau sakit pun diri saya bukan abang Harraz pun. Sudah tepi!!" Adriana berkeras mahu kan mangga muda itu.

"Okay sayang boleh makan tapi tak boleh banyak deal?" Harraz membuat perjanjian.

"Kopek dulu baru saya boleh fikir kan jawapannya." jawab Adriana.

"Macam mana tahu Iyan dekat sini?"

"Aku suami kau, mesti lah aku tahu!" Uish! Belagak nya dia ni.

"A...aku nak tanya sikit boleh?" tanya Harraz.

"Hmm" itu je dia balas. Boleh lah daripada tak ada langsung. Harraz meletakkan mangga dan pisau di tepi.

Tangannya sudah naik menyentuh perut Adriana yang berada di hadapannya.

"Dah berapa lama little boo aku duduk dalam perut mummy dia ni?" Soalan Harraz membuat kan mata Adriana membulat besar.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now