64 | ABANG BEKU RED FLAG

9.5K 550 65
                                    

Selesai mereka sarapan pagi bersama Harriz dan Tiara. Harraz membantu isterinya di dapur.

"Baby, do you have anything to say?" soal Harraz dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa hubby tanya macam tu? Iyan ada buat salah pada hubby ke?" Adriana mula cuak dengan soalan suaminya. Walaupun tiada apa yang disembunyikan tetapi meliha riak wajah suaminya yang menggerunkan itu sahaja sudah menakutkan.

"Nothing, tak apa lah kalau baby rasa hubby tak perlu tahu perkara tu." Harraz terus berlalu pergi meninggalkan isterinya di dapur.

Tidak lama kemudian Harraz keluar tanpa memberitahu tujuan dia keluar.

"Abang Riz, ada nampak abang Harraz tak?" tanya Adriana. Kenapa pula dengan suaminya.

"Dia baru saja keluar. Harraz tak bagitahu apa-apa pada Iyan ke?" Adriana laju menggeleng kepalanya.

"Tak apa lah abang Riz dan kak Tiara duduk dulu ya. Iyan nak tengok anak-anak di atas sekejap." jawab Adriana dengan nada perlahan.

Tingkah laku Harraz berubah seratus peratus. Tiba-tiba pergi tanpa memberitahu tujuannya.

"Assalamualaikum!!"

"Adik!!! Termenung apa jauh sangat tu? Sudah sampai mana?" sapa Hanan. Dia mengajak Harriz naik ke tingkat atas bersama. Dia yakin pasti ada yang tidak kena dengan adik mereka. Manakala, Linda dan Tiara tetap menunggu di bawa bersama anak-anak mereka.

"Eh abang Han, bila sampai? Sorry Iyan duduk dekat atas pula sedangkan tetamu ada di bawah." balas Adriana.

"Are you okay, babygirl? Do have anything to share with us?" soal Hanan dengan lembut.

"Aryan, Deena wake up sayang. Ni sepupu awak semua ada di bawah. Boleh main sama-sama dengan mereka. Cepat bangun sayang mummy." dia mengejut anak-anaknya dengan mengumpan nama sepupu mereka berdua. Si kembar ni bila dengan sepupu mereka datang, melompat terus dari katil. Seronok la boleh main bersama.

"Abang Han, Iyan okay jela. Cuma Iyan pelik pagi tadi abang Harraz okay je. Tiba-tiba dia berubah lepas itu dia keluar tanpa bagitahu Iyan pun. Tak kan Iyan tak layan permintaan dia, dia marah kot?" balas Adriana.

"Permintaan apa?"

"Abang Harraz suruh Iyan berhenti masak sebab abang Riz datang. Padahal Iyan gigih bangun awal pagi sebab nak masak. Iyan teringin nak makan nasi lemak. Kalau nak beli di kawasan rumah Iyan ni semuanya tak sedap. Jadi Iyan tengok bahan-bahan cukup sebab itu Iyan masak." dia menundukkan

"That mean you really pregnant ke babygirl?"

"Hah! Seriously adik? Lepas itu tak bagitahu Harraz? Patut pun dia merajuk." Hanan menyampuk saat mendengar penyataan daripada Harriz.

"Eh mana ada! Iyan memang teringin nak makan kek dari Starbuck sebab itu Iyan call abang Riz tapi Iyan tak sangka yang abang datang hari ni. Pasal nasi lemak ni pun sebab teringin je bukan nya ada isi pun dalam perut ni." jelas Adriana.

"Habis mana Harraz?" tanya Hanan.

"Adik pasti ke adik memang tak pregnant?" Harriz menyuarakan soalan yang sama. Dia memandang adiknya dengan penuh tanda tanya.

"Iyan pasti abang. Kalau ada isi sudah lama Iyan kongsikan dengan semua orang." jawab Adriana dengan yakin.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now