08 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

12.4K 635 14
                                    

Pejam celik pejam celik. Hampir dua minggu Adriana melarikan diri daripada terserempak dengan Harraz. Hati nya remuk, hancur saat Harriz menyampaikan berita bahwa mereka berdua ingin bermastautin sekali lagi di bumi Norway.

"Oit! Termenung jauh nampak!" Linda menyergah dari belakang Adriana dikala sunyi menerpa ruang taman rekreasi itu. Kebiasaannya Adriana akan berjogging setiap pagi di kawasan perumahannya.

Linda Nourel nama yang cukup cantik seperti orangnya. Walaupun berbeza umur lebih lima tahun tetapi persahabatan yang terbina sangat bermakna buat mereka berdua.

Perkenalan antara Linda dan Adriana bermula di kampus UiTM Puncak Alam. Sewaktu mereka masih dalam sesi pembelajaran, Adriana mengambil jurusan perniagaan manakala Linda pula mengambil jurusan medik.

Yes! Apa kaitan kan kerana kedua-duanya berlainan jurusan. Sebenarnya mereka tinggal sebumbung. Sama kolej, sama rumah dan sama bilik.

Jadi sejak mengenali antara satu sama lain. Banyak perkara yang Linda mahupun Adriana kongsikan bersama. Sehinggakan suatu hari Adriana mula syak yang Linda sudah mula jatuh hati pada Hanan. Masalahnya sekarang ini, Hanan langsung tidak menunjukkan minat nya untuk mencari calon isteri. Sibuk dengan kerja dua puluh empat jam sehari.

"Hello! Cik Adriana Humayra! Are you still in your dream?" Linda cuba menguatkan lagi nada suaranya. Entah apa lah yang Adriana sedang fikirkan.

Ini tak boleh jadi! Linda menggunakan kuasa vetonya dengan menolak Adriana sehingga dia terjatuh. Tak sedar juga tak tahu la Adriana oi.

"Eh...eh.. Adoi" Adriana mengadu kesakitan.

"Akak! Pasai apa kak Linda tolak kami ni!" Gadis itu masih tidak berpuas hati dengan senyuman sinis yang dilemparkan oleh Linda.

"Dak eh. Hang tu pasai apa termenung ja akak tengok! Hang duk pikir apa tah." Hai bila kak Linda pindah kampung ni.

"Tak ada apa lah kak Linda oi. Kami okay ja. Eh kak Linda jom la balik. Abang Hanan pesan balik awal ada breakfast dia buat special." Terus berbunga-bunga hati Linda Nourel. Yes! Hari ni dapat jumpa Hanan.

Tiba di rumah, Adriana mengajak Linda untuk sarapan bersama. Malu malu kucing pula kakak sorang ini.

"Hai abang Han, morning!" Sapa Adriana. Hanan melambai kearah adik yang baru sahaja masuk ke dalam rumah bersama Linda.

"Eh Linda, you pun ada sekali!" Wow abang Han akhirnya sedar dengan kehadiran Linda Nourel. Selama ini dia buat tak nampak saja.

"Hai Hanan, you buat semua breakfast ni ke? Rajin! Mesti sedap ni!" Adriana sedang melihat adegan romantik ke ni?

'Yeah! Tak lama lagi makan nasi minyak la kita. Mama dan babah mesti happy anak sulong dia nak kawin dah!'

"Adik! Termenung apa tu?" Hanan perasan sejak dua menjak ni adiknya sering mengelamun sendirian. Kenapa agaknya.

"Han, lately ini adik you banyak termenung tau. Puas I tanya namun dia langsung tidak menjawab." Linda meminta bantuan Hanan siapa tahu mungkin Hanan tahu punca mengapa Adriana sering mengelamun.

"I tahu... Nanti I cuba slow talk dengan dia. Jarang tau nak tengok dia macam ini sebab dia bukan orang yang passive seperti apa yang kita berdua lihat sekarang ini." Linda faham dengan penjelasan Hanan itu tadi.

"Eh Linda ada juga rupanya patut lah Hanan excited buat breakfast ya."  Maria muncul entah dari mana membuat kan muka Linda merah menahan malu. Dia yang seusia ibu Linda itu sudah lama berkenan dengan gadis itu dan ingin di jodohkan dengan Hanan Mirza.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now