52 | ABANG BEKU RED FLAG

9.8K 551 40
                                    

Tiba-tiba Harraz mengurut dadanya perlahan. Adriana yang berada di hadapan nya pula mengerut dahi. 'Eh kenapa pula dengan laki aku ni? Sakit lagi ke? '

"Hubby, kenapa dada tu. Sakit ke?" soal Adriana.

"Ha,ah sakit tak tahu la kenapa." jawab Harraz.

"Kat bahagian mana?"

"Dekat sini!" jarinya laju menunjukkan tepat di bahagian dada lebih spesifik di bahagian hati.

"Aik! Bukan ke situ tak luka mahupun cedera?" tanya Adriana lagi.

"Memang tak luka pun tapi dia sakit sebab menahan rindu pada yayan sowang nih".

Muka Adriana sudah mula merona merah. Dia mengibas bajunya. Nak kata panas, penghawa dingin di dalam bilik ini masih baru tidak mungkin rosak.

"What!" soal Adriana. "Baby panas ke?" Harraz memang suka mengusik isterinya.

"Err.. Iyan keluar dulu lah. Nak ambil air. H-hubby nak air kan tadi" jawab Adriana.

Harraz menahan langkah Adriana dari belakang. "Tadi kata nak bagitahu jawapan kan?" sapa Harraz.

"Oh ya. T-tapi tak jadilah." Adriana mengelak kerana malu.

"No! Tak boleh mengelak lagi, Kalau mengelak hubby terus terkam je ni. Gewam kita tengok wife kita tantik-tantik malam ni." balas Harraz. Mula lah dia mengusik isterinya.

Pelik ada juga, mana tidaknya seorang lelaki hati beku dan red flag. Asyik berangin sahaja mood nya bila berkahwin dengan nenek lampir terus auto manja. Poyo!

"Err... Iyan malu lah nak cakap. Nanti hubby gelakkan Iyan." dia tertunduk memandang lantai mosiac.

"Sejak bila babyboo Harraz Mikael ni pemalu? Selalu mulut awak tu membebel mengalah kan bullet train dan menjerit macam nenek lampir tak pernah pun rasa malu." Harraz sengaja mengimbau kembali moment mereka sebelum ini.

"Itu dulu, sewaktu Iyan bukan isteri hubby. Anyway, Iyan banyak benda nak kongsi dengan hubby. Tapi yang utama adalah.."

Adriana diam seketika. Lama dia merenung wajah tampan suaminya.

"What's wrong babyboo?" tanya Harraz dengan pelik.

"Iyan sayang kan hubby tetapi mungkin perjalanan kita sampai sini sahaja. Biarlah Iyan bawa diri dan hati yang duka lara ni. It's time for you to find your happiness." balas Adriana.

"HAH!!!" terbuntang mata Harraz. Tidak lama kemudian dia diam membisu.

Harraz tertunduk mendengar penjelasan daripada isterinya. 'Kalau ini keputusannya aku redha!'

"K-kalau itu keputusan yayan, hubby boleh buat apa kan. Hubby tak kan halang. But at least bagi hubby bersama yayan sehingga yayan bersalin. Bagi hubby azan dan iqamat kan anak kita." suara Harraz semakin perlahan. Jelas kelihatan wajah kesal ketika mendengar keputusan yang Adriana baru sahaja kongsi kan.

"Hubby dah penat nak teruskan misi mencuri hati Adriana Humayra ke?" soal Adriana.

Harraz diam tanpa kata.

"Little boo mummy, tengok la daddy awak tu lembik. Tak nak fight pun bila mummy game dia. Sudah la baby, buat penat je kita balik jumpa daddy. Daddy awak ni lemah. Tak kuat macam dulu. Huh!" Adriana mengomel sendirian.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now