49 | ABANG BEKU RED FLAG

9.4K 571 71
                                    

"Argh!! Auch! Aduh!" rintih Harraz, dia cuba mencuri perhatian isterinya.

Adriana masih lagi mengelamun menghadap langit. Fikiran nya kosong. Dia buntu dan dia juga menyesal dengan kata-katanya siang tadi.

"B-baby.... argh!!" Harraz mengerang kesakitan di kakinya.

"Eh, hubby nak pergi mana? Kenapa bangun ni?" Soal Adriana.

"Hubby nak minum air." jawab Harraz dengan nada manja.

Adriana menghulurkan cawan yang berisi air suam untuk suaminya. Walaupun hatinya masih marah pada semua orang didalam rumah banglo itu kerana merahsiakan tentang keadaan Harraz, tanggungjawab sebagai isteri Harraz tetap dijalankan.

"H-hubby tidur lah. Hari sudah lewat malam ni. Iyan nak solat kejap." Ujarnya.

Harraz hanya mengikut arahan isteri nya. Dia tahu waktu ini bukan waktu yang sesuai untuk membahas tentang apa yang terjadi siang tadi.

"Baby jangan tidur lewat sangat nanti badan sayang sakit-sakit." pesan Harraz.

Harraz mengambil tempat untuk tidur dan membiarkan isterinya pergi menunaikan solat.

Usai selesai solat, Adriana masih lagi di tikar sejadah. Dia melirik kan matanya ke arah Harraz yang sudah lena dibuai mimpi.

"Ya Allah, bila mana hati ku berpaling palingkan semula hati ku ke tempat asalnya. Bila mana imanku tergelincir, dakaplah aku seeratnya dan bisik kan bait-bait kekuatan ditelinga ku agar aku terus istiqomah di jalan mu..."

"Ampun kan lah segala dosa yang aku telah lakukan. Dosa kerana aku tidak taat pada suami ku, dosa pada ahli keluarga aku. Aku jahil Ya Allah. Aku tak layak hidup didunia ini dengan apa yang aku telah lakukan. Ya Allah, andai aku pergi sewaktu aku melahirkan anak-anak aku. Aku mohon padamu Ya Allah, lahirkan zuriat ku dengan cukup sifat serta sihat akal fikiran. Dan Engkau sembuhkan penyakit yang suami aku alami ketika ini. Pindahkan sakit nya pada aku Ya allah. Aku isteri derhaka pada suamiku. Ampun kan segala dosa-dosa aku..."

"Ya Allah, di hati ku ada seorang lelaki yang kehadirannya membuat ku bahagia. Jagalah dia untuk ku dan satukan kami selamanya..."

"Tunjuk kan aku jalan untukku perbaiki rumah tangga yang aku bina selama ini. Jika takdirku harus berpisah dengan suamiku. Maka kau permudahkan kan urusan ku Ya Allah. Jika takdirku masih layak untuk ku menajdi isterinya, maka buka kan jalan untuk kami selesai kan masalah ini dengan cara baik. Amin ya rabb"

Berlinangan air mata Adriana. Dia tahu dia salah selama ini. Jika dia tidak ego dengan perasaannya pasti semua ini tidak akan berlaku. Jika dia mendengar nasihat Harraz untuk pulang tempoh hari pasti Harraz tidak cedera.

'Hubby maafkan Iyan hubby. Iyan punca semua. Jika Iyan tak rahsiakan semua betting tu pasti hubby tak marah pada Iyan, pasti hubby tidak tinggalkan Iyan saat Iyan perlukan hubby. Iyan tak nak kehilangan hubby. Iyan sayangkan hubby.'

Dia bangun dari tikar sejadahnya. Dia menyiapkan tempat tidurnya di sofa. Dia takut untuk tidur di sebelah Harraz takut suaminya terjaga.

Disebabkan ketidakselesaan tempat tidur. Tidur nya mula terganggu. Ke kiri, ke kanan semua serba tidak kena.

Adriana bangun dan duduk di birai katil bersebelahan Harraz. Lama dia merenung wajah jejaka itu.

"Boleh ke hubby maafkan Iyan dengan kata-kata Iyan tempoh hari? Iyan minta maaf hubby. Iyan salah." omel Adriana sendirian. Dia mengelus lembut pipi Harraz. Kalau lah semua ini tidak berlaku. Mesti kita tengah bahagia kan sekarang.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ