50 | ABANG BEKU RED FLAG

9.9K 458 45
                                    

Terkejut Adriana melihat Tiara yang keluar dari ruang dapur yang gelap gelita itu.

"K-kak T-tiara. Akak buat apa di dapur? Akak nak air ke? Kejap biar Iyan ambil kan." tanya Adriana.

Tiara membiarkan Adriana ke dapur. Dia hanya menunggu di tepi meja makan.

"Nah! Air untuk akak. Biar Iyan suapkan. Ehem. A-akak sihat?" soal Adriana.

Tiara bukan setakat lumpuh separuh badannya tetapi dia juga menghidap mati rasa pada wajah yang dipanggil sebagai Bell's Palsy. Jadi kerana itu dia tidak bisa bercakap mahu pun berjalan.

Wanita itu menghulurkan sehelai kertas pada Adriana. Dia memberi isyarat supaya Iyan membacanya.

Adriana mengambil surat itu dan membaca di hadapan Tiara.

"Adriana, akak minta maaf atas kesalahan yang akak buat pada Iyan dan Harraz. Akak tak sepatutnya memecah belahkan rumah tangga kalian. Akak jahat pada Iyan padahal Iyan terlalu baik pada akak. Iya akak lumpuh, juga tidak bisa bercakap saat ini dan akak berdosa dengan kamu berdua. Tetapi takkan tidak ada rasa sekecil zarah pun dalam diri Iyan untuk maafkan akak.."

"Akak terima apa sahaja hukumannya. Akak sedar akan kesilapan akak yang lalu. Akak tak kisah kalau Iyan tak bisa maafkan akak tetapi boleh akak minta sesuatu dari Iyan?"

"Akak mohon sangat Iyan, balik lah ke pangkuan Harraz. Akak silap kerana menuduh Iyan walhal akak tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar sehingga Harriz memberitahu dan dia juga sudah menasihati akak supaya tidak meneruskan niat akak untuk memberitahu pada Harraz. Tetapi akak degil waktu itu hinggakan akak sendiri tidak tahu apa tujuan akak sebenarnya. Langsung tidak berfikir panjang. Akak minta maaf Iyan. Akak menyesal dengan semua yang berlaku adalah berpunca dari akak. "

"Kalau Iyan nak tahu tiga minggu lalu sewaktu Iyan tiada di rumah ini, Harraz sering termenung, akak nampak dia pandang telefon. Mungkin dia mahu telefon Iyan tetapi takut jika ia mengganggu Iyan. Dia terlalu sayang kan Iyan sehingga dia jatuh sakit sebelum berangkat ke Norway pun dia berkeras tidak benarkan kami memberitahu Iyan. Akak dah terima balasannya sekarang. Akak minta maaf Iyan. Maafkan segala salah silap akak selama ni pada Iyan. Dan akak nak ucapkan terima kasih kerana tidak membenci anak-anak akak dan sanggup menjaga mereka sewaktu akak dihospital waktu itu."

Empangan air mata Adriana baru sahaja terhenti kelmarin, ternyata hari ini pecah lagi. Dia tidak menyangka kata-katanya kelmarin memberi kesan sehingga hari ini pada Tiara.

Dia memandang tepat pada mata Tiara.

"Kak Tiara!!!!" Jerit Adriana. Dia duduk separa berdiri lalu memeluk wanita yang berada di kerusi roda itu. Dengan perut yang memboyot itu, dia usaha kan untuk memeluk wanita itu.

"I-Iyan minta maaf akak! Iyan pun ada salah pada akak. Maafkan Iyan. Maafkan kata-kata Iyan yang tajam seperti pisau itu kak. Iyan tak pernah berdendam pada akak. Tetapi keadaan yang membuat kan Iyan hilang kawalan." Adriana masih lagi memeluk Tiara. Dia tahu dia tidak sepatutnya melakukan perbuatan seperti itu dengan keadaanya yang sedang sarat mengandung.

Air mata Tiara juga laju membasahi wajahnya.Dia cuba membalas pelukan Adriana tetapi tubuh nya tidak sekuat dulu. Adriana mengelap air mata Tiara. Mereka saling tersenyum memandang satu sama lain. Syukur lah hubungan mereka sudah membaik.

"Start from today, Iyan tak nak lagi kita ada salah faham ya. Iyan dah lama maafkan kak Tiara cuma kadang-kadang emosi ibu mengandung katakan. Memaafkan itu tidak semudah melupakan kak Tiara. It takes time. In shaa Allah. Iyan pun nak minta maaf sekali lagi pada akak. So kosong-kosong eh." Adriana tersenyum melihat kakak iparnya.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now