62 | ABANG BEKU RED FLAG

8.1K 496 51
                                    

"Assalamualaikum, puan Maria!!!" jerit Lia, pembantu peribadi Adriana di Empire Malik.

"Walalaikumsalam. Eh Lia kenapa ni terjerit-jerit?" sapa Maria. Dia melihat sosok tubuh yang di papah oleh Lia, ternyata putrinya. Keadaan Adriana agak lemah ketika itu.

"Puan tolong saya, tadi bos pengsan dekat pejabat. Saya cuba cari Tuan Harraz tetapi dia tiada di pejabat mungkin di ada mesyuarat di luar bersama Tuan Hanan. Jadi saya bersama staff yang lain angkat dia dan bawa bos terus ke rumah puan. Saya tak tahu rumah bos di mana." jelas Lia. Dia cuak melihat bosnya yang sebelum ini sihat walafiat tiba-tiba jatuh sakit begini.

"Ya Allah, Iyan kenapa ni princess. Mari Lia saya tolong awak bawa Adriana ke bilik nya." arah Maria.

"Ehem! M..mama, I-Iyan nak muntah lah. Kepala terasa pusing sangat." Adriana mencelah dalam perbualan Maria dan Lia.

"Bos, saya call Tuan Harraz eh." Lia meminta kebenaran untuk menghubungi suamianya.

"Iyan, are you okay?" soal Maria. Dia tidak sedap hati apabila melihat keadaan putrinya. Wajah Adriana pucat lesi. Entah apa yang berlaku di pejabat sehingga kan wajah nya seperti ketakutan sesuatu.

"Lia, you balik lah. It's okay kejap lagi husband I balik. By the way, thank you for helping me. I owe you, Lia." Adriana tidak punya tenaga untuk berbicara terlalu lama. Seluruh anggota badannya terasa sejuk walaupun penghawa dingin tidak dibuka.

"No big deal la boss. Okay la saya balik ke pejabat dulu. Bos kalau rasa tak sihat lagi esok tak perlu datang nanti saya batal kan semua mesyuarat bos." balas Lia.

Maria terus mengekori Lia hingga ke pintu utama."Thank you Lia. I appreciate it."

"Mummy!! I'm back! C...cepatnya mummy balik? Aik! Kenapa muka mummy tak cantik. Mummy sakit ke? Tok Ma kenapa dengan mummy?" sapa Aryan.

"Mummy kamu sakit, jadi jangan buat perangai ya. Naik atas mandi terus duduk dengan mummy diam-diam dan jangan buat bising." pesan Maria.

Si kembar itu baru sahaja pulang dari sekolah terus mencari ibunya selepas dapat tahu daripada Tok Ma yang ibu mereka sedang sakit. Jadi tidak di benarkan membuat bising. Jika tidak mummy mereka akan jadi nenek lampir nanti.

"Hey, little boo. Mummy okay sayang. Aryan pergi mandi bersihkan diri selepas tu suruh adik pun sama ya. Nanti boleh baring dengan mummy. Okay sayang?" arah Adriana.

Dia cuba menahan kesakitan kepalanya. Sejak dulu lagi dia sering mimpi buruk tetapi sejak kes bersama Adam Rizqi beberapa tahun lalu, mimpi buruk itu hilang dari ingatannya. Kini sakit itu kembali lagi. Sakit kepala nya bukan la sakit seperti biasa yang dia alami. Dalam beberapa hari kebelakangan ini dia sering mendapat mimpi buruk seperti dia terlibat dalam kemalangan dan yang lebih parah dia mimpi arwah anak syurga nya muncul seperti memanggilnya untuk ikut bersama.

'Aku kena kuat, apa pun sakit aku nanti aku kena kuat untuk anak-anak.' bisik hatinya.

' bisik hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now