60 | ABANG BEKU RED FLAG

10.2K 611 170
                                    

Dia yakin dengan keputusanya kali ini untuk pulang ke tanah air buat selamanya. Sudah tiba masanya untuk dia kembali ke pangkuan keluarganya semula.

"Untunglah dapat peluk abang beku." usik Harriz.

"Ish apa abang Riz ni. Itu rezeki namanya. Bukan senang tau nak dapat pelukan Harraz Mikael. Benda paling mahal tau."

"You did a great job babygirl. Sudah tiba masanya untuk Iyan berbaik dengan Harraz dan bahagia bersama anak-anak. Bukan sahaja demi anak-anak tetapi demi rumah tangga kau orang sendiri." pesan Harriz.

"Abang Riz doakan tau. Iyan tengok Harraz macam dah keras hati." tanya Adriana.

"Mesti la tujuh tahun kot. Tak apa usaha lagi. Banyak kan berdoa, Allah pasti akan buka jalan untuk adik." jawab Harriz.

Adriana sudah tersipu malu. Dia ternampak Harraz bersama Aryan dan Adeena di hujung cafe sedang bermain salji.

"Hubby... boleh Iyan duduk disini?" soal Adriana.

Dia membiarkan anak-anak bermain salji dia hadapan cafe yang berdekatan dengan hotel mereka menginap. Harraz hanya bediri disisi Adriana tanpa berkata apa-apa.

"Iyan cuma nak bagitahu yang Iyan akan balik ke Malaysia lusa. Iyan nak minta izin hubby untuk balik. Mungkin Iyan tak diperlukan di sini. Ekim ada boleh temankan hubby disini. Iyan tak jangka yang hubby bagi Iyan peluang untuk jumpa anak-anak. Iyan bersyukur sangat sebab diberi kesempatan untuk jumpa mereka. Walaupun mereka belum kenal mummy dia orang yang sebenar." bebel Adriana.

Harraz masih diam. Tidak lama kemudian berlalu pergi ke arah Aryan dan Adeena.

'Macam tu je Harraz, aku tahu kau masih marah lagi pada aku. Ya aku memang pantas di perlakukan begini. Aku redha. Aku akan usaha lagi untuk mencuri hati kau, Harraz!'

"Hey adik! Apa ni sedih-sedih?" sapa Hanan

"Harraz macam tak suka je Iyan datang ke sini? Mesti dia bengang kan sebab tak dapat spend time dengan Ekim tu." Adriana sudah mula berfikir yang enggak-enggak ya.

"Adik, tahu tak kenapa Harraz tak tinggal kan adik mahupun cerai kan adik walaupun adik tinggalkan selama tujuh tahun?" soal Hanan.

"Kenapa sampai soal bercerai ni abang Han?" cuak sudah muka Adriana.

"Sebab dia tahu segalanya. Dia tahu di mana adik berada selama ini. Dia tahu yang adik berjumpa dengan anak-anak tanpa pengetahuan dia. Dia juga tahu yang adik mula tingglkan dia dan anak-anak sejak umur Aryan dan Adeena mencecah tiga tahun. Tidak pernah terdetik pun di hatinya untuk mendua kan adik tetapi adik baru dua hari disini terus menjatuh hukum bahwa suami adik ada telah menduakan adik." terang Hanan.

"Hey what's up geng!" sergah Harriz. Dia mencelah di dalam perbualan Hanan dan Adriana.

"Iya lah tu abang Han. Abang tengok ni Iyan bercakap dengan dia tadi elok dia bangun dan terus berlalu pergi. Itu jelas menunjukkan dia memang tak sayang kan Iyan dah." balas Adriana.

"Babygirl, how many time should I tell you dear. Harraz masih sayang kan adik. Give him time to accept all of this. Susah tau untuk dia terima adik macam yang adik buat kelmarin masuk bilik dia senyap-senyap tu. Susah senang dia bersama anak-anak tidak seorang pun dari kami yang tahu. Dia pandai menyembunyikan semua itu dari kami dan kami tidak pernah melihat dia mengeluh menguruskan di kembar tu. Please don't mess it up again and again. Be mature babygirl." panjang ulasan Harriz.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now