03 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

16.5K 832 54
                                    

Tiga puluh tahun sebelum....

"Malik, boleh tak you tolong I?" Maria tanya suaminya untuk minta bantuan.

"Why sayang, you tak nak discharge hospital lagi ke?" Malik memang suka mengusik isterinya dan dia sangat mengambil berat tentang hal-hal keluarga terutama isterinya.

Maria mudah tersentuh hati bila dia melihat seorang kanak-kanak yang baru sahaja dilahirkan tanpa ibu dan ayah di sisi. Sewaktu Maria melahirkan Harriz Mika pada waktu yang sama ada seorang ibu tunggal sedang bertarung nyawa untuk melahirkan bayinya. Tetapi nasib tidak menyebelahi wanita itu. Anak nya selamat di lahirkan tetapi ibu kepada bayi itu tidak dapat diselamatkan.

Anak kecil itu lahir ke dunia tanpa ibu dan ayah. Apalah nasibnya bila meningkat dewasa nanti. Itulah yang bermain difikiran Maria sepanjang dia berada hospital. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat mereka.

Malik khan tidak membantah malah dia dengan lapang dada menerima anak itu dalam keluarganya.

"Sayang, thank you sebab ikutkan kehendak I" Rasa syukur sangat sebab Malik memahami kehendak isterinya ini.

"Maria, you know that you're my everything. Satu sikap you yang buat I bangga ada isteri macam you adalah you tak pernah double standard kan seseorang. I harap one day kalau diberi rezeki zuriat lagi dan rezeki kita ada anak perempuan yang copy sikap nurani you ni." Penjelasan Malik membuatkan hati Maria tersentuh.

Sungguh waktu ini, Malik dan Maria hanya mahu tumpukan perhatian sepenuhnya pada Hanan, Harraz dan Harriz. Tetapi jika di beri peluang dan rezeki mahu juga ada seorang anak perempuan.

"Maria, you cukup ke untuk beri susu pada Harraz?" Soal Malik. Dia khuatir jika anak itu tidak mendapat khasiat yang cukup seperti kanak-kanak lain.

"I ada tanya Mellisa dan dia sanggup bantu I untuk jadi ibu susuan buat Harraz, boleh ya sayang kita minta tolong Mellisa."

Mellisa adalah adik kepada Maria dan bukan sengaja Maria berbuat demikian tetapi dia juga tidak mahu kehilangan Harraz jika dia sudah meningkat dewasa.

Dari awal lagi dia ingin satu kan Harraz dengan sesiapa sahaja sama ada anak saudaranya ataupun anak nya sendiri jika ada rezeki. Ini kerana Harraz tiada saudara mara mahupun adik beradik lain. Ayahnya meninggal sewaktu bergegas membawa ibu Harraz ke hospital ketika sarat untuk melahirkan Harraz.

Rahsia yang di simpan oleh Malik dan Maria selama puluhan tahun ini di simpan rapi. Mereka berdua belum bersedia untuk memberi tahu hal sebenar pada Harraz. Hanya Hanan yang tahu bahawa Harraz bukan adik kandungnya. Tetapi Malik tidak pernah sesekali mengajar anaknya untuk memilih seseorang untuk disayang. Bukan Harraz tidak pernah tanya tetapi Malik dan Maria mengambil keputusan untuk diam kan diri sehingga mereka bersedia untuk memberitahu hal yang sebenar.

Bagusnya perangai Harraz, dia tidak pernah memberontak. Didikan dan tunjuk ajar Malik dan Maria pada anak kecil itu sehingga dia menjadi seorang anak yang berguna dan matang dalam membuat keputusan tetapi lima tahun selepas itu, Harraz dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak perempuan masuk ke dalam keluarga Malik Khan, Maria di kurnia kan seorang anak perempuan. Bila dah lama tak ada orang baru di dalam rumah itu, mula la terasa janggal.

"Adriana.....kau sini kejap" 

'Eh dia ni suka hati panggil orang macam gangster.  Ada apa pula kali Harraz Mikael.' Omel si Adriana.

"Yes abang Harraz ada apa-apa yang Iyan boleh tolong?"

Harraz masih lagi di posisi push-up, dia sedang membuat latihan senaman regangan. Al maklumlah bekas komander katakan.

Dia pernah mengajak Hanan dan Harriz untuk melakukan aktiviti itu bersama, mati hidup semula pun budak dua orang tu tidak akan pernah nak buat. Nanti bila masalah datang sibuk mencari Harraz. Si beku banyak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri. Sejak di bangku sekolah dia sangat aktif sehingga dia juga punya kumpulannya sendiri di Norway.

"Hari ini aku nak kau belajar sesuatu. Let say one day kalau jadi apa-apa pada kau at least kau tahu teknik. Dan kalau nak further study nanti masuk badan beruniform yang ada di sana. Faham!" Terang kan pun nak marah-marah. Relax la komander.

"Abang Harraz, Iyan tak ada masalah pun nak ikut pergerakan yang abang ajar kan ini. Tapi Iyan baru je habis SPM. Result pun belum keluar lagi." Gelojoh betul si Harraz nak ajar adik perempuannya. Ini kerana dia tahu keadaan di luar sana macam mana dan terlalu mencabar. Dia dan Harriz memang sejak dulu lagi buat kerja 'underground'.

Jadi dia ambil keputusan untuk mengajar adik perempuan nya supaya kuat. Dia benci pada perempuan yang lembik dan tergedik-gedik.

Lari!!! Dan lari lagi... "Abang Harraz penat lah!" Cebik terus muka Adriana apabila disuruh lari 10 pusingan. Bukan kecik pusingan tu tetapi sebesar stadium Bukti Jalil.

Harriz adik 'kembar' Harraz memang main peranan betul eh "Go Adriana! Sikit lagi. You can do it baby!"

Adriana hanya berikan jelingan maut pada abang 'kembar' nya. Siap kau nanti. Kalau aku ada six pack, abang berdua ni aku smack down sambil tutup mata je.

Dalam pada berlari dengan tekanan yang diberikan oleh Harraz sewaktu berlari. Sempat juga Adriana mengomel. Mana tidak nya dia geram apabila dipaksa menjadi kuat seperti mereka bertiga.

"Abang!!!! Huh.. Iyan penat!!" Baru sahaja Adriana ingin hentikan langkahnya, dia malah dikejar oleh Harriz. Si kembar ni main peranan betul lah. Padahal tak sebulu macam aku dan abang Harraz. Huh!

"Adriana, kau dengar sini. Apa yang aku dan Harriz ajar kan ni untuk masa depan kau. Tapi kalau kau rasa kau nak lembik dan jadi perempuan yang tergedik-gedik macam ulat bulu tu. Just let you know kau bukan adik aku. Berambus!"  Dia ni kan mulut tak ada insuran langsung. Aku ni adik kau kot!

"Iyan penat! Dan Iyan malas! Ikut abang Raz nak kata apa. Iyan tak nak buat semua ni lagi" Kali ini Adriana nekad dan tidak mahu terus kan kan lagi. 

Baru sahaja Adriana mahu melangkah pergi. Petir menyambar.

"Kau ingat Adriana sebab kau tak nak dengar cakap aku as your brother. So I reminds you, don't you ever dream that I would be your brothers like anyone out there! Never!" Ada berbaur amaran di situ. Redha saja la Adriana.

"Ish! Dia ni. MENYAMPAH LAH. IYAN BENCI ABANG! HUH!"

COMMENT AND VOTE BANYAK-BANYAK UNTUK CHECK IN CHAPTER SETERUSNYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

COMMENT AND VOTE BANYAK-BANYAK UNTUK CHECK IN CHAPTER SETERUSNYA.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now