05 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

15.7K 715 19
                                    

'In all of my lonely nights...'

'When I was a ghost inside...'

'You were there for me...'

'(you were there for me)...'

'You were there for me...'

'(you were there for me)...'

Harraz tersedar dari tidurnya. Alarm  siapa yang bunyi ini. Tiba-tiba terasa badan nya di peluk kemas. Seingat dia semalam dia di bilik nya bersama Hanan dan Harriz. Kemudian terdengar Adriana mengigau. Selepas itu, hah sekarang dia di peluk oleh Adriana. Mampus! Kalau Adriana bangun nampak dia di atas katil adiknya itu.

"Macam mana aku boleh ada atas katil ini? Bukan semalam dekat sofa hujung tu ke?" Naik lebam dahi Harraz di tepuk berkali-kali.

"Hmm...please don't leave me."  Perlahan suara Adriana mengomel dalam tidurnya tetapi Harraz masih boleh mendengar omelan Adriana dengan jelas. Tersentak hatinya. Aik! Kau jangan macam-macam Harraz.

'Cantik je sebenarnya adik aku ni. Tapi waktu dia tidur je la. Bila sedar dari tidur tak jauh dari serupa nenek lampir.'  Huh penat juga Harraz nak melayan kerenah adiknya itu.

Harraz perbetulkan kedudukannya untuk lepas dari terus dipeluk oleh Adriana. Walaupun mereka adik beradik tetapi baring berpelukan ini salah nak pula mereka sudah dewasa.

Huh!!!! Selamat! Nasib sempat bangun dari katil itu.

"Woi! Bangun ah, sampai bila nak buat tahi mata?" Jerit Harraz di telinga Adriana.

"Hmm pukul berapa dah?"  Adriana cuba membuka kelopak matanya yang terlalu berat untuk di buka dan cuba menghadam keadaan waktu itu.

Kelopak matanya di buka meluas wajah Harraz betul-betul di sebelahnya. Seperti terkena renjatan elektrik apabila Harraz menjerit di telinganya. Ingat Adriana tenang seperti air di lautan setelah Hazrraz menjerit di telinga? Semestinya tidak.

Tendangan maut dilepaskan saat Harraz melangkah keluar dari biliknya. Gol! Hah seperti itu lah gambarannya.

Gedebuk!!

'Ceh tadi bukan main kau peluk aku lah jangan tinggal kan kau lah. Bila sedar dari tidur macam ni kau buat aku eh. Betul la tekaan aku. Waktu tidur je kau cantik dan elok. Bila bangun tidur memang macam nenek lampir.'

"Kau ingat aku hadap sangat ke dekat kau?  Dia yang mimpi panggil kita lepas tu tarik kita tidur dengan dia. Tiba-tiba tak nak mengaku pulak."  Bebel Harraz.

"Hah! Iy... Iyan tarik abang Raz ke? Bila?" Terlopong Adriana seketika.

"Tak kau apahal? Semua benda nak kena ada aku ke? Kau tak boleh ke settle kan sendiri? Semak la Adriana! Grrrrr... Aku rimas tahu tak!" Jarang sekali Harraz ni nak bercakap baik dengan Adriana dan seperti biasa jarang soalan di balas jawapan. Jika perbualan Harraz bersama Adriana mesti akan berlaku soalan di balas soalan.

Apa yang dia tahu dia benci Adriana Humayra sebab lembik, banyak mulut, gedik dan mengada-ngada. Menyampah!!!

 Menyampah!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now