Chapter 1

1.6K 110 6
                                    

Jujur, siapa je yang tak akan rasa sunyi bila tiada sesiapa yang berikan perhatian kepada diri kita kan?

Tidak kisahlah orang itu ahli keluarga ataupun kawan semata mata, apa yang kita mahukan adalah orang yang kita sayang luangkan masa bersama kita, atau sekurang kurangnya ada di tepi kita dan tegur kita.

Lebih sakit bila mereka bukan tak mahu tegur kita, tetapi cuma terlalu sibuk sampaikan langsung tidak sempat untuk ucapkan sekadar selamat pagi kepada kita.

.
.
.

Kita berada di sebuah kerajaan kecil di atas sebuah pulau yang terpisah daripada kerajaan lain, bernama Pulau Rintis.

Kerajaan ini dipimpin oleh sang raja dan Ratu, bernama Raja Amato dan Permaisuri Mara.

Dengan perkahwinan mereka, kedua dua baginda dikurniai seorang anak lelaki, yang secara rasmi menjadi putera dan orang seterusnya untuk menaiki tahta dan mengambil alih tugas ayahnya bila ayahnya sudah tiada nanti.

Sang Putera bernama Khairul Genzi, atau Boboiboy, sebagai nama manjanya.

Kedua dua raja dan ratu sangat sangat sayangkan anak mereka, terlalu, sampaikan mereka tidak benarkan anak mereka keluar daripada istana kerana takut anak mereka akan cedera.

Sang raja dan ratu meminta ramai pekerja istana, terutamanya dayang istana untuk mengajar anak mereka perbagai benda, bermula daripada membaca, mengira, berjalan, menimbang buku di atas kepala, etika di atas meja makan, tatasusila sopan santun, dan berbagai lagi.

Ibu bapanya mahu anak mereka menjadi penerus tahta yang sempurna satu hari nanti.

Sehinggalah Boboiboy kini sudah membesar, dan sudah berusia 15 tahun.

Kelihatan sang putera sedang memandang keluar daripada tingkap istana.

Dia nampaknya sedang mengelamun.

"Hmm....."

Apa yang dia sedang lihat sebenarnya?

Tidak jauh dari situ, dia melihat di pagar istana, ada 2 orang penduduk yang nampaknya seperti pelajar sekolah, kerana mereka memakai baju uniform sekolah, seperti mencuba untuk menjenguk melihat ke dalam istana.

Disebabkan kerajaan mereka itu kecil, istana mereka memang tidam beberapa jauh daripada bandar, membuatkan penduduk dengan senang mampu pergi ke sana.

Boboiboy kelihatan tersenyum kecil melihat mereka teruja melihat keadaan istananya itu.

"Ehehe....."

Tiba tiba, hatinya terasa sunyi.

"....."

Senyumannya kembali memuram melihat senyuman dua pelajar itu.

"Haih....."

Dia mengusap rambutnya kasar, sehingga rambutnya sedikit kusut.

Sebenarnya, Boboiboy kelihatan sebegitu rupa, kerana dia kesal, melihat seberapa rapatnya mereka berdua, siap boleh bergelak ketawa dan tendang satu sama lain tanpa kisah dengan dunia.

Walaupun dengan semua pengawal ataupun dayang yang ada di istananya itu, tiada sesiapa yang benar benar adalah kawannya.

Dia selalu melihat mereka sebagai gurunya, atau orang yang patut dia hormati kerana mereka lebih tua daripadanya, dan telah berjasa di dalam istana itu.

Tapi, dia bukan kesal kerana mereka berkawan.

Tetapi kerana seberapa rapatnya mereka.

Ingat Author kata seberapa sayangnya Amato dan Mara kepada anak mereka?

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now