Chapter 19

296 42 4
                                    

Keesokkan harinya telah tiba.

Hari Jumaat.

Hari terakhir persekolahan mereka untuk minggu itu.

Kelihatan kelas Boboiboy dan Ochobot sedang berada di padang untuk subjek pendidikan Jasmani.

Waktu itu baru sahaja selepas waktu rehat.

Boboiboy sedang bermain badminton bersama sama dengan rakan rakan kelasnya.

Dia bermain bersama dengan Ochobot.

"Tangkap ni!!!"

Boboiboy melakukan pukulan tinggi, sehingga boleh kelihatan bola pukulannya terbang sehingga setinggi tingkat dua sekolah itu.

"W-woi woi?!?! Tinggi sangat tu woi!!!"

Ochobot mencuba sedaya upaya untuk menangkap bola itu, tetapi bola itu terbang terlalu jauh sehingga dia tidak sempat menyambutnya.

Ochobot pun memberi jelingan tajam ke arah kawannya itu.

Tetapi Boboiboy hanya membalas dengan senyuman nakal ke arahnya.

"Wekkk! Aku dapat mata! Ahahaha!"

Gopal yang menjadi pengira mata tak berbayar mereka, menambahkan lagi satu mata untuk budak itu.

Sekarang matanya adalah Boboiboy dengan 5 mata, dan Ochobot 3 mata.

Nampak sangatlah Ochobot tak puas hati.

Dia benci juga dengan kemampuan belajar terlalu cepat puteranya itu.

Boboiboy hanya tinggal melihat sekali sahaja perlawanan antara Yaya dan Ying untuk memahami cara permainannya.

Sementara Ochobot yang dah karat dah 3 tahun tak sentuh langsung kayu badminton itu, rasa nak baling je kayu badminton dia tu ke tanah, tapi dia tahan diri, sebab tu sekolah punya. Tak pasal pasal dia kena bayar ganti rugi pulak nanti.

"Pemenangnya adalah Boboiboy~dah, bak sini pulak. Aku dengan Fang pulak nak main"

Setelah mengucapkan pemenangnya dengan tidak ikhlasnya, Gopal terus bangun dari duduknya dan berjalan ke arah mereka berdua bersama Fang di belakangnya.

"Hah, nah"

Boboiboy memberinya dengan senang hati, tetapi Ochobot yang masih dengan tidak puas hatinya, menolak kayu badminton itu dengan kasar ke dada Fang sebelum berjalan untuk duduk di sebelah Boboiboy pula.

Sementara mereka berdua melihat kawan kawan mereka itu bermain, Ochobot membuka suaranya.

"Boboiboy, balik sekolah nanti, sampai hari Ahad, aku tak ada tau"

Ochobot memastikan nada suaranya rendah supaya tiada sesiapa mendengar perbualan mereka.

Dengan apa yang Ochobot katakan, membuatkan Boboiboy melihat ke arahnya.

"Hm? Kenapa pulak?" tanyanya.

Boboiboy juga mengawal nada suaranya.

"Aku dengan keluarga aku nak balik kampung. Nenek aku ada buat kenduri. Boleh ke aku harapkan kau selama aku tak ada ni?"

Nada suaranya membuatkan ianya rasa seperti Ochobot tidak mempercayai Boboiboy.

Itu membuatkan Boboiboy sedikit terasa.

"Eh kau ni. Mestilah aku tahu jaga diri sendiri! Aku ni bukannya bayi!"

Ochobot terketawa, suka dengan riaksi Boboiboy. Memang apa yang dia mahu lihat.

"Ya ya, janganlah marah" Ochobot bahkan tak meminta maaf.

Boboiboy masih mem-pout tak puas hati.

"Bila dah balik sini nanti, jangan lupa bawak buah tangan pulak. Aku nak telur rebus!"

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now