Chapter 21

462 52 13
                                    

Beberapa ketika kemudian, sedar tak sedar, dan dekat satu jam berlalu.

Boboiboy sudah berpisah dengan akak tadi, kerana mahu kembali ke tempat perjumpaanya dengan Gaharum.

Bila dia berjalan ke sana, Gaharum sudah pun setia menunggunya.

"T-Tuan! Saya dah dapatkan kesemua barang yang Tuan mahukan!"

Gaharum tersenyum gembira mendengar itu.

"Bagus~bagus Khairul~Terima kasih ya"

Gaharum mengusap kepala budak itu lagi.

Mentang mentang budak tu pendek-//plak!!!//

Gaharum kemudian mengeledah troli milik Boboiboy itu, mahu memastikan betul ke semua barang yang budak tu ambil. Karang ada yang salah masa bayar nanti kang naya.

Semuanya betul.

"Bagus Khairul! Semua barang yang kamu ambil semua betul!"

Gaharum memberikan thumb-ups kepadanya.

Mendengar itu membuatkan mata Boboiboy bersinar gembira, tapi pada masa yang sama, menghembuskan nafas lega.

"Terima kasih Tuan!"

Gaharum mengusap kepala budak itu sekali lagi, sebelum mengcangkung sehingga paras tinggi Boboiboy.

"Maaflah kerana memaksa kamu untuk berpisah tadi. Saya lakukannya kerana mahu mengajar kamu cara berdikari. Saya mahu kamu belajar melakukan sesuatu benda sendiri. Jadi, maaflah jika perkara ini membuat kamu takut"

Gaharum sudah tahu dari awal Boboiboy takut dengan orang lain kerana hanya dibesarkan di dalam istana sahaja.

Semua pilihannya dibuat oleh orang lain, seperti baju apa yang dia perlu pakai hari ni, makanan apa yang dia patut makan hari ni, kelas apa dia patut ambil, itu ini itu ini, seperti dunianya dikawal oleh orang lain.

Gaharum hanya mampu melihat semua itu daripada jauh sahaja.

Dia tidak setuju dengan cara sang Raja dan Ratu, iaitu Amato dan Mara membesarkan anak mereka, tetapi dia bukan di tempat yang betul untuk membangkang.

Dia hanyalah tukang masak diraja sahaja.

Hanya seorang rakyat biasa sahaja.

Dia faham mereka lakukan ini semua kerana Boboiboy adalah seorang putera, dan penerus negeri mereka, tapi itu tidak bermaksud mereka boleh mengawal kehidupannya.

Boboiboy juga seorang manusia, bukan anak patung yang boleh ditentukan jalan hidupnya oleh orang lain.

Bahkan selepas berjaya dapat bersekolah, Gaharum perasan Boboiboy masih tetap serahkan segala pilihannya kepada Ochobot.

Jadi, Gaharum membuat ini untuk membiarkan Boboiboy membuat pilihannya sendiri, walaupun ianya sekadar memilih barang dapur sahaja.

Ianya permulaan yang mudah kan?

Tapi, selepas Gaharum berkata begitu, riak ceria Boboiboy tadi, perlahan lahan memudar, dan itu membuatkan Gaharum terkedu.

"Khairul?"

Boboiboy menundukkan kepalanya ke tanah, sambil mengusap lengannya perlahan lahan.

"S-saya.....saya minta maaf....."

Permintaan maaf tiba tiba itu membuatkan Gaharum semakin terkedu.

"Saya....saya tidak memilih semua barang ni sendiri....m-masa nakmpilih mentega tadi....saya ada minta tolong sorang akak ni...dan selepas tu meminta bantuannya untuk pilih semua barang yang lain....lebih separuh barang dalam troli tu...bukan yang saya pilih sendiri...."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now