Chapter 5

672 66 4
                                    

Hari isnin telah tiba.

Jam menunjukkan pukul 6:50 pagi.

Pagi pagi buta lagi sudah bising dan huru hara kedengaran daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis itu.

Mana tidaknya. Hari itu adalah hari perhimpunan rasmi.

Ramailah pengawas yang kelam kabut menyiapkan dewan untuk semua guru dan para murid yang lain.

Salah satu daripada mereka, boleh kelihatan berada di pintu pagar sekolah.

Nampaknya dia tidak ditugaskan untuk menyiapkan dewan.

Tertera di tag namanya, dia digelar sebagai Yaya.

Sosok yang segak berpakaian kemas dengan buku nota kecil dan pen di tangannya, dia adalah ketua pengawas di sekolah itu.

Walaupun masih berusia 15 tahun, dan berada di tingkatan tiga, dia sudah berjaya mencapai banyak, maksud ku BANYAK, anugerah di sekolah, sejak daripada sekolah rendah lagi.

Dialah yang mengawasi setiap tingkah laku pelajar, dan memastikan sekolah itu berada di dalam disiplin yang sepatutnya.

Memang ramai pelajar yang menghormatinya.

Walaupun bernampilan garang dan tegas, dia sebenarnya baik hati dan peramah. Dia hanya berlagak garang kerana tugasnya.

"Hah! Kamu tu! Yang pakai baju sukan tu!"

Nampaknya tugasnya pada pagi itu sudah bermula.

"Ah?! Er-saya ke?"

"Yelah, siapa lagi. Masukkan baju dalam seluar! S.E.K.A.R.A.N.G!!!"

Pelajar itu pun menurut perintah, dan dengan cepat cepat memasukkan bajunya ke dalam seluar.

Siapa kata tak ada pj hari isnin? Sekolah Author ada je :v

"Hah, kan kemas tu. Dah, kamu dah boleh masuk"

Kawan kepada pelajar tadi hanya mampu menahan ketawa melihat kawannya kena marah.

"Diam lah kau"

Kedua dua pelajar itu pun masuk ke dalam sekolah.

Pelajar demi pelajar pun saling berganti masuk ke dalam pengkarangan sekolah, dan semuanya sudah dipastikan mengikut peraturan, terima kasih kepada Yaya.

Dia melihat ke arah jam tangannya. Sudah hampir pukul 7:20 pagi.

"Alamak, dah nak perhimpunan dah ni"

Dia kemudian memastikan tiada pelajar lagi di luar pagar sekolah, kerana dia mahu menutupnya.

Tetapi, sebelum dia sempat meletakkan tangannya di atas pagar sekolah itu, ada seorang, well, dua orang, pelajar datang menegurnya.

"Ermmm....maafkan saya, cik?"

Yaya melihat ke arah kedua dua pelajar itu. Ianya adalah Ochobot dan Boboiboy.

"Oh, ya, ada apa apa saya boleh bantu?"

"Boleh tak tunjukkan ke kami barisan kelas 3 Candra?"

Di sekolah itu, ada 6 kelas setiap tingkatan.

Candra.

Mega.

Ancala.

Urna.

Dian.

Kejora.

"Hm? Oh, korang budak baru ke? Baguslah, sebab tu memang barisan kelas saya! Jom!"

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now