Chapter 3

812 77 1
                                    

Dengan jatuhnya petang kayu itu ke tanah, kedua dua pahlawan pun memecut ke depan, dengan semua ilmu yang di miliki diri masing masing.

Maskmana mengeluarkan satu lagi keris kayunya, dan dua senjata kayu itupun mula berlaga.

Ochobot yang tadinya tenang lepak di tepi melihat latihan itu, terus tersedak air ludah sendiri bila melihat Maskmana dan Boboiboy tiba tiba melawan satu sama lain.

"Uhuk! Uhuk! Apa dah jadi ni?!"

Dia kagum melihat kehebatan bersilat dua insan di depannya itu.

Tiada celah yang diberi oleh setiap pihak.

Walaupun ilmu Boboiboy lebih sedikit daripada Maskmana, tidak bermaksud dia akan membiarkan Maskmana menang begitu sahaja.

Maskmana pun terkejut dengan kenekatan putera muda itu.

Yang hanya membuatnya lebih bersemangat.

Tiada sesiapa yang bercakap sepanjang perlawanan itu.

Maskmana mencuba untuk menetak leher Boboiboy dengan tangannya untuk memengsankan putera itu.

Tetapi, sebelum lengannya sempat mendarat di leher anak muridnya itu, mata Boboiboy dengan tajam menangkap pergerakkan Maskmana.

Dengan cepat dia mengelak serangan tiba tiba itu dengan merendahkan dirinya ke bawah, dan berpusing di tepi Maskmana.

Maskmana turut terkejut melihat kelajuan itu.

"A-apa?"

Boboiboy menendang kaki Maskmana kembali setelah melihat Maskmana leka.

Tendangannya kuat, sehingga gurunya itu kehilangan keseimbangannya, dan jatuh ke tanah.

Meniru betul betul apa yang Maskmana lakukan, Boboiboy dengan cepat naik ke atas Maskmana sebelum badannya sempat jatuh ke tanah lagi.

Boboiboy pun meletakkan hujung keris kayunya pada leher Maskmana.

"Huh...huh...huh..."

Keadaan menjadi hening seketika, hanya mampu mendnegar bunyi nafas sang putera muda itu.

Wajah Boboiboy kelihatan bengis ketika itu.

Ochobot sampaikan terberdiri daripada duduknya apabila melihat kawan baiknya itu berjaya jatuhkan gurunya.

"Hehe...."

Maskmana tiba tiba terketawa kecil.

"Tepat masa juga kamu keluar, Halilintar"

Mendengar nama itu keluar daripada mulut Laksamana, membuatkan mata Boboiboy membesar.

Wajahnya kelihatan ketakutan seketika, sebelum dia mengusap dahinya dengan tangan kirinya, sambil mengatur nafas.

"Huh....huh....huh...."

Boboiboy menutup mata, sebelum membukanya semula, dengan wajah kepenatan.

"Dia....dia keluar lagi ke?"

Maskmana hanya mampu menutup matanya, sambil mengangguk.

Boboiboy seketika kelihatan resah dan kesal, sebelum dia berdiri dan bangun daripada belakang Maskmana.

"Maaf pasal tu, Tuan....."

Maskmana mampu lihat riak bersalah pada wajah sang putera muda itu.

Maskmana hanya mampu mengeluh, sebelum menepuk bahu anak muda itu dua kali.

"Tak apa. Ini bukan salah kamu. Kamu memang tak mampu kawalnya pun"

Walaupun tidak dimarahi Maskmana, dia masih terlihat bersalah.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now