Chapter 20

456 55 16
                                    

Mereka berdua kini berada di dalam kereta Gaharum.

Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli barang barang dapur istana.

Boboiboy kelihatan sedang menikmati permandangan sepanjang perjalanan mereka itu.

Yang Boboiboy sedar adalah, ini bukan laluan yang selalu dia lalu untuk pergi ke sekolah.

Itu kerana mereka bukan mahu pergi ke kedai biasa yang berada di tepi jalan sana tu.

"Tuan, kita nak pergi ke mana ni?" putera muda itu bertanya.

Gaharum dah tahu Boboiboy akan bertanya begitu, kerana dia tahu laluan yang dia gunakan berbeza dari yang Boboiboy tahu.

Dia tahu kerana Kapten Papa pernah bagitahunya ke mana sahaja dia selalu menghantar Boboiboy dan Ochobot.

"Kita nak pergi ke Pasaraya"

Gaharum menjawap sambil matanya masih tidak lekang daripada memandang ke hadapan.

"Pasaraya? Apa tu?" tanya sekali lagi.

"Hehehe. Nanti Tuanku tahulah"

Itu bukan jawapan yang Boboiboy mahu dengar. Dia mem-pout tak puas hati.

"Hah~cakap pasal nanti, kita dah sampai!"

"Hah?"

Dengan sahaja Gaharum nerkata begitu, Boboiboy memandang ke hadapan.

Di depan mereka kini, adalah sebuah banggunan yang besar, sangat sangat besar yang nampak seperti memiliki 7 ke 10 tingkat di dalamnya.

"Waaaaa!!!" Boboiboy sudah pastinya kagum melihat banggunan itu.

Mereka tiba di kawasan yang ada palang automatic itu.

Gaharum meletakkan kad debitnya pada mesin itu, dan palang itu pun terangkat.

Gaharum membawa keretanya masuk ke dalam banggunan itu, dan mereka pun menuju ke tingkat bawah.

"Huh? Kita nak kemana ni?"

Boboiboy sudah pastinya bingung kerana mereka menuju ke bawah, dan semakin lama ianya menjadi semakin gelap.

"Parking bawah tanah" itu sahaja jawapan daripada tukang masak istana itu.

"Parking bawah tanah? Maksud Tuan, kita berada di dalam tanah sekarang?!"

Gaharum hanya mengangguk sambil tersenyum.

Tidak lama kemudian, mereka akhirnya melihat cahaya kembali, dan mereka pun mulai masuk ke dalam kawasan parking bawah tanah itu.

Parking, mestilah banyak kereta kan?

Sememangnya ketika itu Boboiboy melihat alangkah banyaknya kereta di sana sini, sampaikan nak nampak satu parking kosong pun tak mampu.

"P-padatnya tempat ni..."

"Itu kerana ini adalah Pasaraya, Tuanku. Ianya seperti kedai yang Tuanku dah biasa pergi sebelum ini, tetapi Pasaraya adalah sebuah banggunan besar yang menempatkan pelbagai kedai di dalamnya sekaligus"

Penjelasan Gaharum membuatkan Boboiboy semakin teruja mahu melihat isi dalam Pasaraya itu.

"Dan ini? Ini hanyalah kawasan Parkingnya sahaja. Patik tahu Tuanku akan semakin suka melihat seberapa luasnya dalamnya pula"

Boboiboy mengangguk atas kata kata Gaharum itu.

Tidak lama kemudian, mereka menjumpai parking yang kosong, dan akhirnya mampu keluar daripada kereta.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now