Chapter 13

352 49 3
                                    

Keesokkan harinya telah tiba, hari Khamis.

Ketika itu, pelajar 3 Candra sedang menjalani subjek pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di bengkel RBT sekolah mereka.

Rindu pulak subjek RBT ni, uhuk-

Mereka sedang menyiapkan projek mereka yang dari minggu lepas punya.

Mereka sedang mengcipta mock up kepada sistem hidroponik.

Disebabkan Boboiboy dan Ochobot baru pindah ke sekolah mereka pada minggu itu, jadi mereka dimasukkan ke dalam team Gopal, Fang dan Iwan.

Disebabkan subjek ini diluar dari apa yang dia diajar di istana, jadi Boboiboy memang blur dengan apa yang mereka kena buat sebenarnya.

"Erm....kita kena buat apa sebenarnya ni?" dia pun bertanya kepada tiga kawannya yang lebih senior dalam bab itu.

"Oh, kita kena buat mock up kepada sistem hidroponik" balas Fang. Iwan pun turut mengangguk dengan apa yang kawannya itu katakan.

Walaupun sudah diberitahu, dia masih tidak faham apa apa sama sekali.

Dia cuba memandang Ochobot untuk menjelaskannya kepadanya, tetapi Ochobot malah menggeleng laju kepadanya.

"Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu apa apa"

Boboiboy kembali melihat ke arah Gopal, Fang dan Iwan semula, sambil tersenyum canggung.

"Erm...ehehehe.....mock up dan hidroponik tu apa sebenarnya?"

Gopal menampar dahinya sendiri mendengar apa yang Boboiboy katakan.

"Itu pun kau tak tahu ke dey?"

Boboiboy menggeleng, mengaku dia tidak tahu apa apa pasal benda tu.

"Haih....mock up tu macam kau cuba buat sesuatu produk tu, tapi tidak menggunakan alatan sebenar, seperti cardboard, botol, straw, kertas dan lain lain. Dan sistem hidroponik tu, kau mencipta sistem saluran air kepada tanaman kau, dimana tanaman tu ditanam tanpa menggunakan tanah"

(Kalau salah jangan marah Author, Author dah 1 tahun tinggal tingkatan 3 ni. Dah nak masuk tingkatan 5 dah TvT)

Boboiboy meng-o-kan sahaja walaupun dia masih separuh tidak faham.

"Macam mana nak tanam kalau tak ada tanah?" sekali lagi dia bertanya.

"Hahhhh, tulah kau tak tahu! Tanaman, bukan memerlukan tanah untuk hidup, melainkan zat dan nutrisi yang ada didalam tanah tu untuk membesar!"

Tiba tiba sahaja, Yaya dan Ying muncul di sebelah Boboiboy dan Ochobot.

Memang terkejut beruk lah dibuatnya dua sekawannya itu bila muncul dua mak lampir tepi diorang tiba tiba.

"Air yang digunakan, bukanlah air biasa! Tetapi, air yang dicampur dengan baja untuk menggantikan zat nutrisi dari dalam tanah!" Ying menyambung ayat Yaya.

Boboiboy dan Ochobot meng-o-kan dengan penerangan Yaya dan Ying.

"Er....tapi...sebab apa?" Ochobot tiba tiba bertanya.

"Hm? Maksud lu?" Ying bertanya kembali.

"Kenapa kena ganti tanah dengan air?"

Ochobot sebenarnya tidak faham dengan konsep hidroponik ni.

"Oh, itu kerana, tanah tak selamanya akan kekal ada nutrisi itu di dalamnya, dan lambat laun, akan habis juga" kata Yaya.

"Dan juga, tanaman tidak boleh dapat terlalu banyak air, kerana kalau terlebih banyak dari yang sepatutnya, nutrisi di dalam tanah itu akan menjadi tawar, dan tanaman pun tidak dapat nutrisi yang secukupnya" sambung Fang.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now