Chapter 9

416 51 2
                                    

Waktu sekolah sudah tamat, dan Boboiboy dan Ochobot pun naik ke dalam kereta Kapten Papa.

"Macam mana sekolah hari ni anak muda?" Kapten Papa menanyakan khabar mereka.

"Baik je, Kapten. Kitorang ada main bole sepak waktu pendidikan jasmani tadi" Ochobot menjawap pertanyaan Kapten pengawal itu.

"Bagus bagus~ sebagai hadiah menjadi budak yang baik, apa kata Kapten belanja kamu berdua ais krim?!"

Mendengar pelawaan Kapten Papa, kedua dua mata Ochobot dan Boboiboy terus bersinar.

"NAK NAK!!! TERIMA KASIH KAPTEN!!!"

Mendapat jawapan yang bersemangat daripada kedua dua anak tak sahnya itu, hidungnya kembang sementara.

"Baiklah! Jom kita mulakan perjalanan ke kedai ais krim!"

"Jommmm!!!"

Kapten Papa pun membawa keretanya laju pergi daripada perkarangan sekolah itu.

.
.
.

Mereka tiba di pusat bandar apabila kereta mereka memasuki kawasan pembangunan kedai kedai yang menjulang tinggi.

Alah, macam waktu Tiga Rob rompak Bank dekat cerita asli tu~

Kereta Kapten Papa diberhentikan di depan sebuah kedai 7 Eleven.

Budak budak itu pun keluar daripada kereta, sementara Kapten Papa mengunci keretanya.

"Wahhhhh!" Boboiboy terkasima dengan keadaan kawasan kedai kedai yang banyak itu.

Waktu beli sate hari tu pun budak budak berdua ni cuma tunggu di dalam kereta sahaja sementara Kapten Papa pergi beli.

Kali ni, dia boleh keluar juga.

"Ok, anak anak! Dah siap! Jom masuk!"

"Baik!"

Mereka bertiga pun masuk ke dalam kedai 7 Eleven itu.

Ting tong~

Bunyi penggera iconic 7 Eleven pun berbunyi.

Boboiboy mula merasa sejuk apabila dia melangkah masuk ke dalam kedai itu.

"Selamat datang!"

Seorang akak caisher menyambut kedatangan mereka.

Apa lagi, Kapten Papa pun membawa budak budak tu ke kawasan ais krim, dan minta mereka pilih yang mana mereka mahu.

"Pilih lah anak anak muda berdua! Dah siap, bagitahu Papa!"

Berkilau kilau lah mana budak budak tu dapat makanan percuma.

"Kau nak yang mana Ochobot?" Bobojboy bertanya kepada kawannya itu.

"Hmmmm....yang coklat tu nampak macam sedap" Ochobot mengambil satu aiskrim berbentuk kon daripada dalam peti ais krim itu.

"Uuuu! Aku nak jugak lah yang tu!"

Boboiboy mengambil ais krim yang sama Ochobot ambil.

Selepas siap memilih, mereka kembali kepada Papa tak sah mereka itu.

"Papa! Dah siap pilih!" Boboiboy memberitahunya.

"Bagus bagus~kamu berdua boleh duduk luar dulu! Biar Papa bayar sementara kamu tunggu"

Sudah mendapat arahan daripada yang lebih dewasa itu, Boboiboy dan Ochobot pun berjalan keluar daripada kedai serbaneka itu.

Setelah budak budak itu keluar, Kapten Papa pun berpaling ke arah akak Cashier itu kembali.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now