°∘∘8∘∘°

14.3K 1.3K 128
                                    

Song title: Kali ini | Cherpen Band
━─━─━──༺༻──━─━─━

Seperti ada bunyi tapak kaki seseorang yang menapak masuk kedalam rumah. Wajah diangkat serentak memandang dedaun pintu bilik.

"Assalamualaikum, ummi."

Automatik bibir mengukir senyuman lebar mendengar suara Qayyum. Suara yang paling dia rindui. Belum sempat Puan Salima hendak jawab salam tadi, tersentak dia apabila Qayyum bertindak memeluk tubuhnya erat.

"Waalaikumsalam, Awish." Dia balas pelukan anak lelakinya. Belakang tubuh Qayyum turut diusap.

"A-Awish, sesok nafah ummi." Pelukan yang erat dan lama itu buatkan nafas Puan Salima sesak. Sudahlah pula dihimpit dengan tubuh kekar Qayyum. Lama betul peluk?

Mendengar suara lelah ummi, Qayyum terus meleraikan pelukan. Bibirnya turut tersenyum nipis.

"Abah mana?" Soal Qayyum sedar dari tadi kelibat abahnya tiada.

"Aboh takdo. Dio gi sejid. Mung ni pun bakpo nok tubik tok oyak. Ngorib doh ni." Bebel Puan Salima setelah lama dia tidak bersua dengan Qayyum.

Jauh di dalam hati dan sudut fikiran, dia hairan dengan anak lelakinya. Takda angin takda ribut, pukul 7:20 malam terpacak di dalam biliknya.

"Awish saja je datang tak bagitahu ummi. Nak buat surprise." Qayyum sengih seperti kerang busuk. Tuhan, rindu dia terhadap wanita ini tiada pengubatnya.

"Mesti mu penat kan? Gi solat, kala ngantuk tidur teruh. Esok leh bebua ngan ummi aboh." Rambut Qayyum di usap sebelum dia labuhkan kucupan pada dahi. Jelas wajah anaknya itu tampak kurang tidur. Walau bibir Qayyum manis dengan senyuman tetapi tetap terlihat lelah.

"Sempat solat dekat r&r tadi. Alhamdulillah."

"Ummi tak kisah ke kalau Awish tidur dulu. Bangun pagi besok baru dapat layan ummi?" Jujur katakan, memang benar dia penat. Hampir separuh hari dia memandu kereta menuju kesini. Ditambah pula dengan emosi yang tak berapa betul.

"Betul.. gi masuk bilik. Satgi ummi oyak ko aboh mu dah sampa." Angguk Puan Salima, akur. Asal sudah selamat sampai cukuplah menyenangkan hati. Lega.

"Baik." Qayyum menegakkan tubuh. Dia mencapai kembali beg galasnya di atas lantai sebelum mengatur langkah.

Setapak hendak kembali menutup pintu, dia masih tidak lepas memerhati umminya. Biarpun dah sebumbung, dia sentiasa rindu akan wajah yang satu ini.

Puan Salima menjegilkan mata melihat gelagat anak lelakinya itu. Dia menunggu sehingga selesai Qayyum menutup pintu bilik.

Tenang, selesa, tambah-tambah lagi katil bersaiz king. Qayyum terus naik ke atas serentak menekup wajah di fabrik cadar katil yang empuk itu.

Usai lima minit wajah ditekup, dia kembali memusing tubuh. Mata layunya merenung siling bilik. Dia sendiri tidak sedar bagaimana tubir matanya basah. Malah cadar tadi turut ada bekas titisan air matanya.

"Maafkan hamba, Ya Allah.. kerana jatuhkan air mata hanya disebabkan seorang perempuan." Hebatnya rasa sakit yang dia alami sekarang hingga berjaya menitiskan air mata mahalnya membasahi wajah.

Jika dia ada luka di badan sekalipun tak pernah menangis. Tetapi ini soal hati. Dan bukannya luka di badan.

Tangannya menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan iPhone milik Fredella yang pernah dia ambil sebelum ini. Qayyum menekan button on dan terpaparlah skrin yang dihiasi dengan wajah Fredella.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now