°∘∘37∘∘°

9.4K 887 51
                                    

Dua sudu kecil serbuk Nescafé dituang kedalam mug kegemaran si isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua sudu kecil serbuk Nescafé dituang kedalam mug kegemaran si isteri. Selesai itu, gula pula yang dimasukkan. Hanya untuk Fredella yang dibancuh, Qayyum bukan seorang penggemar coffee. Dia menuang air panas lalu mengacau bancuhan tadi dan terus keluar dari ruangan dapur.

Lebih kurang 3 minit juga Qayyum mengelilingi kondonya semata-mata mencari kelibat Fredella. Masih tak jumpa-jumpa. Namun matanya sempat menangkap sesuatu. Pintu kembar yang diperbuat daripada kaca lutsinar terletak tidak jauh dari ruang tamu kelihatan terbuka sedikit.

Dia tak pasti sama ada Fredella yang buka atau sebaliknya. Takkanlah angin? Pintu itu lima tan berat kut. Seluas dinding kondonya. Lagipun, dia jarang buka pintu kembar tersebut.

"Tak gayat ke sorang-sorang duduk luar?" Jejaka itu bermonolog sendiri. Qayyum menerpa ke arah sana sambil tangannya masih setia memegang mug tadi.

Qayyum melebarkan bukaan pintu. Terbentang luas pandangan matanya dengan private pool. Apa yang dicari tadi sudahpun dijumpai. Fredella duduk di tepi kolam renang sambil memeluk lutut, membelakanginya.

Terkejut jugak Qayyum tengok wanita itu bersendirian di luar. Selalunya Fredella wajib menyuruh dia untuk teman walaupun cuma di balkoni bilik tidur. Faham-faham sajalah dengan ketinggian penthouse.

Perlahan Qayyum dekati Fredella. Dia taknak ganggu ketenangan isterinya.

"Need some coffee, gorgeous?" Tegurnya sebelum melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.

Fredella mengangkat wajah, tersedar dari lamunan. Qayyum panggil dia apa tadi? Alamak, mengelamun sampai rasa nak suruh Qayyum ulang pulak.

"Gorgeous? Pardon me?" Mug yang dihulur oleh Qayyum disambut dengan senyuman nipis.

"Well... Mrs. Qayyum Darwish is the most gorgeous woman that exists in this world." Senyuman Fredella dibalas. Akibat angin yang kuat di halaman itu, rambut isterinya hampir saja menutupi seluruh wajah. Qayyum merapikan helaian rambut wanita itu dengan membawanya kebelakang telinga.

Pantas Fredella menghirup Nescafé untuk menghilangkan malunya. Qayyum kalau satu hari tak tiup rama-rama dalam perut dia memang tak sah.

"Awak nampak stress. Fikir apa?" Tanya Qayyum seraya merapatkan jaraknya bersama wanita itu.

"Fikirkan Intan.." Memudar seketika senyuman Fredella. Dia letakkan mug tadi di sebelah duduknya.

Qayyum diam beberapa saat. Sebenarnya, dia memang dah tahu apa yang difikirkan Fredella. Jaranglah isterinya nak bersendirian dan termenung macam tadi.

"Fredella.." Qayyum bertindak memusing tubuh Fredella agar berhadapan menghadapnya. Dia menjatuhkan tangan Fredella yang memeluk lutut dari tadi.

"Kita akan jumpa pelbagai jenis manusia dalam dunia ni. Kebanyakannya bertopeng, dan kita tak tahu apa yang ada disebalik topeng tu. Boleh jadi topeng yang dia pakai nampak baik, tapi digunakan untuk tutup realiti diri yang sebenar," Langsung tak beralih pandangan Qayyum. Iris hazel Fredella direnung lembut.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now