°∘∘32∘∘°

10.1K 1K 44
                                    

UQAEL'S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UQAEL'S POV

"Bos, ini dia budak perempuan yang bos nak jumpa tu—"

Hujung bibir Uqael ternaik mengukir senyum sinis. Senang hatinya apabila apa yang diminta telahpun ditunaikan.

"Thanks, Ailen.." Setelah puas merenung Intan atas hingga bawah, dia kembali alihkan pandangan ke arah perkerjanya yang bernama Ailen.

"Sama-sama." Ujar Ailen sebelum dia dapat rasakan lengannya dicengkam kuat oleh Intan. Seolah-olah menghalang dia keluar dari ruangan itu dan meninggalkannya berdua dengan Uqael. Dia takut. Takut dengan senyuman licik lelaki itu.

"Kau boleh keluar, dan tinggalkan Intan disini." Uqael taknak buang masa. Dia segera menyuruh Ailen keluar agar cepat berurusan dengan Intan.

"Lepaskan akak, Intan. Duduk sini—" Ailen menepis tangan Intan yang masih lagi cuba menahannya.

"Taknak! In..Intan taknak akak pergi!" Tanpa sengaja Intan menjerit. Dia tarik Ailen semampu yang boleh.

Ailen tidak mahu keruhkan keadaan. Dia terpaksa berkasar dengan Intan. Tubuh gadis naif itu ditolak sehingga dia tersembam ke atas lantai.

"Saya minta diri dulu bos!" Ailen terus keluar dari situ meninggalkan Intan bersama Uqael. Dia berlari, takut jika Intan sempat menghalangnya kembali.

"AKAK!!" Intan berjaya bangun namun pergerakannya terhalang akibat tangannya disambar oleh Uqael.

"Kau nak pergi mana?!" Jerkah Uqael, cuba untuk menyakiti gadis itu.

"Teng.. Tengku nak apa?! Lepaskan lah!"

"Eh, berani kau melawan aku?" Panas telinga Uqael mendengar Intan tengkingnya dengan kuat.

Selama Intan berkerja dibawahnya, dia dapat rasakan gadis itu lembut dan sopan. Sebab muka Intan memang nampak naif! Itu yang membuatkan Uqael terkejut apabila gadis itu berani melawannya.

"Yelah! Saya takda buat salah pun! Kenapa tengku tiba-tiba nak hukum saya!" Sekali lagi Intan jerit mempertahankan dirinya. Air mata ditahan seboleh yang mungkin.

"Kau tanya aku kenapa?! Kau pasang telinga, dengar apa yang aku nak cakap!" Uqael bertindak mencengkam rahang Intan. Tangannya sebelah lagi menunjal dahi gadis itu.

"Yang buat salah tu memang bukan kau. Tapi bapak kau!" Kalau ada orang lain dalam bilik itu, pasti akan kecut perut mendengar Uqael herdik Intan.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now