°∘∘24∘∘°

20.4K 1.7K 160
                                    

"Lama lagi ke sayang?" Tangan kekarnya memaut pinggang si isteri. Qayyum menadahkan wajah buat wanita itu. Posisi Fredella bersila kemas di atas ribanya.

"Belum. Sikit lagi, sikit lagi—" Lipmatte yang berwarna merah menyala diratakan ke ulas bibir. Selesai itu, Fredella melabuhkan satu kucupan di kawasan dahi Qayyum. Terlakarlah bentuk bibirnya akibat lipmatte yang dipakai. Dahi suaminya seperti di 'cop'.

Berulang kali Fredella lakukannya. Jika tadi, dahi Qayyum yang menjadi mangsa. Sekarang pipi pula. Hampir seluruh wajah dikerjakan oleh isteri bertuah yang bernama Khalisa Fredella.

"Awak buatlah apapun sayang, asalkan awak happy.." Qayyum macam dah pasrah. Tapi dia langsung tak menghalang. Qayyum membawa rambut Fredella kebelakang. Memudahkan si isteri yang sedang leka mengerjakan wajahnya. Setelah 3 minit berlalu, mata dipejam seketika.

"DONE!!"

Jeritan Fredella membuatkan mata Qayyum kembali terbuka luas. Ingatkan dapat lelap sekejap...

"Muka merah sana sini pun still hensem." Pujinya seikhlas hati. Kedua-dua tapak tangan wanita itu melekap ditepi wajah Qayyum.

"Nak saya balas balik dekat muka awak tak? Pakej dekat tempat lain sekali." Terbit senyuman nipis di bibir Qayyum. Iris hazel isterinya ditatap lama.

"Errr..., you need to see this dear husband," Cermin solek sebesar kertas A4 yang berada di atas meja itu dicapai Fredella. Dia letakkan cermin tersebut betul-betul di hadapan muka Qayyum.

Nampak tak Fredella menggunakan cara halus untuk memgelak? Well.

Reaksi Qayyum bukan marah dan bukan terkejut. Malah dia hanya melebarkan senyuman. Setiap lekuk wajahnya penuh dengan tanda bibir Fredella.

"Is this proof that I'm yours?" Soalnya sambil menolak cermin tadi ketepi.

"Yes. If you are mine, that means no one can replace my job on you. No one. Saya je boleh buat semuani. Only my lips can touch your skin, Qayyum." Cara Fredella bercakap penuh lembut, tetapi terselit dengan amarannya. Walaupun dia tahu Qayyum sanggup mati untuknya.

Qay nak curang? 100 tahun pun belum tentu lagi mamat tu.

"And please make sure that Qayyum Darwish is the only man who can give you love." Ayat yang dibalas Qayyum taknak kalah juga! Lawan lah possessive korang sampai sudah.

"Eh mestilah! Saya nak kasih sayang dari awak sorang je—" Jelas kedengaran bahagia suara wanita itu.

The right person will love all the things about you that the wrong person took for granted.

RINGG

Serentak wajah mereka berdua menoleh ke arah iPhone yang berada di atas meja.

Qayyum bawa iPhone miliknya itu ke tepi telinga. Tangan kanannya masih berada di tempat yang sama. Memeluk pinggang Fredella kemas.

"Tuan Muda Khalaf?"

Fredella memasang telinga apabila nama abangnya disebut.

Khalaf: "Malamni dinner dekat rumah mama. Both of you."

"Okey. Dalam satu jam macamtu aku sampai." Balas Qayyum seraya menegakkan tubuhnya.

"Tuan Muda awak cakap apa?" Barulah Fredella bersuara selepas Qayyum mematikan panggilan.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now