°∘∘22∘∘°

22.1K 1.8K 170
                                    

Meja makan di lap dengan tuala kecil. Tuala tersebut dibasahkan dengan air berulang kali.  Dalam beberapa minit Fredella mengemas, permukaan meja yang bercorak gold marble itu jelas kelihatan berkilat.

"Buat apa tu?" Suara garau Qayyum menyapa gegendang telinga wanita itu. Qayyum menapak ke arahnya bersama senyuman nipis.

"Baru lepas habis lap meja. Awak tak tidur lagi?" Fredella mengalihkan pandangan ke arah Qayyum.

Qayyum menarik sebuah kerusi kebelakang. Matanya memberi isyarat, menyuruh agar Fredella duduk.

"Tapi saya haus—" Jari telunjuk wanita itu spontan naik menghala ke arah fridge. Tekaknya terasa kering. Mengah dek kerana baru selesai membersihkan dapur.

"Duduk." Arah Qayyum mendatar.

Fredella melepaskan keluhan. Bibir dia memuncung. Tanpa membantah, punggung dilabuhkan ke atas kerusi.

Qayyum tersengih, geli hati menonton isterinya mencebik. Kabinet atas dibuka lalu satu gelas kaca dikeluarkan. Hanya air kosong yang dihidangkan buat Fredella.

"Nah." Gelas tersebut dibawa ke hadapan wanita itu.

"Della nak coffee. Satu hari saya tak minum coffee tau. Pleaseeeee..." Fredella menolak gelas itu kembali ke arah Qayyum. Nada suara jelas seperti merayu.

"No coffee for today." Qayyum melabuhkan punggung bersebelahan Fredella. Gelas itu dibawa ke bibir isterinya.

Fredella enggan membuka mulut. Bebola matanya hanya merenung gelas itu. She's a coffee lover. Kalau sehari tak minum boleh jadi gaduh tahu?

"Kita bukan tak bagi. Tapi kalau nak minum coffee tu berpada-pada lah sayang." Redup pandangan anak mata Qayyum terhadap Fredella. Tangannya setia memegang gelas itu. Harini saja sudah 3 kali isterinya membancuh air berkafein.

"Della tahu. T-tapi,.." tergantung seketika apa yang hendak dibalas.

"Tapi apa?" Terangkat sebelah kening Qayyum.

"Saya nak minum coffee malamni pun sebab nak buat kerja sikit. Eh, bu-bukan sikit... tapi banyak—" Fredella sengih seperti kerang busuk. Dia terus meneguk air sementara tangan Qayyum yang memegang gelas tersebut.

Mengapa isterinya gagap? Ada benda yang tak kena. Tiba-tiba sahaja perwatakan Fredella nampak lain.

"Kerja apa? Malamni kan kita cuti exercise." Terbatas percakapan Qayyum apabila Fredella laju menekup mulutnya.

"Bukan kerja tulah! Lain!" Hampir tersembur air yang diteguk. Mujur hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah ini.

"Habis kerja apa?" Qayyum menjatuhkan tangan Fredella. Semakin ragu dengan apa yang disampaikan.

"Errr..." Kuku digigit beberapa saat. Terasa berat mulut hendak menyambung ayat apabila melihat wajah tegang suaminya.

"Awak kenal Rykarl kan?" Dia mengharapkan respon yang positif.

"Rykarl? Tuan Rykarl?" Gelas Fredella tadi dicapai sebelum membasah tekaknya dengan bekas minuman wanita itu.

Fredella terkial-kial, keliru dengan reaksi Qayyum. Tampak selamba.

"Haah.." Sehingga selesai suaminya meneguk air itu direnung.

"Awak ada kerja apa dengan dia? Is it a office matter? Tapi sekarang dah malam." Kembali ke topik asal, dia masih tertanya-tanya hal apa yang melibatkan kerjasama Tuan Rykarl dan isterinya.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now