°∘∘50∘∘°

3K 413 8
                                    

Song title: Sumpah Dan Cinta Matiku
━─━─━──༺༻──━─━─━

Song title: Sumpah Dan Cinta Matiku━─━─━──༺༻──━─━─━

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

"Argh!"

"Kenapa kau nak kena bawa Intan lari sekali dengan kau?!" Fail-fail yang berada di atas meja Fredella campak ke lantai.

Pum!

Pum!

"Cik Della? What's wrong with you?" Panik Warda melihat Cik Mudanya berulang kali menumbuk meja. Kuat pula bunyinya menyapa gegendang telinga.

"I, fucking, hate, Tengku Uqael!" Jerit Fredella sekuat hati sebelum dia jatuh terduduk ke lantai.

"Sabar Cik Della!" Lantas Warda mendekati wanita itu. Tak pernah dia lihat Fredella mengamuk seteruk sekarang. Mungkin kesabarannya sudah melepasi had.

"Why? Why it's always me making mistake?!" Fredella cuba untuk menolak pujukan Warda. Dia mengengsot ketepi dan merapat ke dinding.

"I penat Warda. I tak tahu bila benda ni nak sudah.." Setelah tubuh disandarkan pada dinding, Fredella menyembamkan wajahnya di lutut.

"Hey... did you see that you already try your best?" Pada mulanya Warda teragak-agak untuk menenangkan Fredella, namun dia tahu wanita itu perlukan seseorang untuk menjadi pendengar.

"No! I tak boleh balik selagi Uqael tak mati! Semua orang benci I sekarang ni.." Disebalik wajah Fredella yang tersorok, air mata sudahpun mengalir membasahi seluarnya.

Warda membiarkan sahaja Fredella melepaskan perasaannya. Belakang Fredella diusap lembut. Agak kekok sebenarnya kerana ini kali pertama dia melihat sisi lemah Cik Mudanya.

"Cik Della makan sikit ya? Dah satu hari Cik Della stay rumah saya tanpa makan apa-apa.." Dia risau tengok wajah lesu Fredella. Sudah lah pula tahan mata untuk tidur. Katanya dia takkan tidur selagi tidak selesai membubarkan rancangan Uqael.

"Taknak." Fredella menegakkan tubuhnya kembali. Kepalanya disandarkan pada dinding. Seketika dia terbayangkan wajah Qayyum yang sedang tersenyum.

"Saya rindu awak..."  Fredella benci diri sendiri kerana telah mengubah senyuman lelaki itu menjadi kecewa. Padahal dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak menyakiti lelaki itu lagi...

"It's hurt, Warda...." Tanpa henti air matanya mengalir. Tuhan, Engkau saja yang menjadi saksi bertapa menyesalnya aku.

"Kalau Cik Della bagi peluang pada saya, saya akan tolong Cik Della," Mata Warda sempat menangkap sebuah kotak tisu yang berada di atas lantai. Mungkin ia terjatuh bersama fail-fail yang ditolak Fredella tadi. Dia ambil kotak tisu tersebut dan menarik sehelai.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα