°∘∘19∘∘°

20.2K 1.6K 159
                                    

Jari-jari pantas menekan butang papan kekunci laptop. Tangan Fredella yang tak duduk diam dari tadi dibiarkan sahaja. Sekejap berada di atas dadanya, sekejap lagi berubah pula memeluk lengan kekarnya. Wanita itu masih lagi dibuai mimpi. Qayyum fokus menatap skrin laptop.

"Qayyum.." Dahi Fredella berkerut. Tangannya laju meraba-raba sekeliling. Akhirnya naik menghinggap ke wajah suaminya.

"Allahuakbar—" Terasa pedih pula secara mengejut tangan wanita itu menampar wajah. Qayyum menjatuhkan tangan Fredella, perlahan.

"Nak cari saya buat apa? Saya ada sebelah awak." Dia nak lari mana sedangkan setia menunggu si isteri bangun dari tidur?

Fredella membuka kelopak matanya luas. Dan ternyata Qayyum betul-betul berada disebelahnya. Best nyaaaa ada morning view baru! Walaupun masih mengantuk, bibir Fredella automatik tersenyum.

"Sorry.." Katanya dengan nada suara perlahan.

"Takpa." Senyuman isterinya dibalas. Qayyum kembali kalihkan pandangan ke skrin laptop.

"Bukan awak dapat cuti ke? Kenapa pagi-pagi dah menghadap laptop?" Bebola mata Fredella jatuh ke riba jejaka itu.

"Saya tak buat kerja pun lah.." Tidak lama kemudian Qayyum mematikan laptopnya lalu diletakkan ke atas bedside table. Dia sudah terbiasa bangun awal pagi dan terus menghadap benda itu. Kalau tak pegang laptop satu hari rasa macam tak lengkap.

"Teman saya ambil barang dekat rumah lama boleh?" Qayyum menyelesakan tubuh. Dia bersandar di kepala katil namun badan mengiring menghadap Fredella.

"Rumah lama?" Kalau tengah mamai memang tak boleh nak ingat apa-apa. Fredella menutup mulut yang terbuka luas akibat menguap.

"Rumah saya dengan Fareez. Saya nak ambil barang sikit dekat sana." Ubun-ubun rambut wanita itu dielus lembut.

"Eh mestilah boleh! Saya nak check bilik awak." Sekelip mata hilang mengantuk. Dia biarkan tangan jejaka itu yang masih lagi mengusap rambutnya.

"Nak check buat apa hm?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Apa yang nak diperiksa dalam bilik bujangnya itu? Takda benda yang menarik kalau dibandingkan dengan bilik mewah Fredella.

"Mana tahu,.."

"...awak ada simpan gambar mana-mana perempuan ke—" Alunan suara Fredella penuh mengejek. Dia sengaja mengajak suaminya bergurau.

"Ada." Terbit senyuman nakal di bibir Qayyum. Ingat Fredella sorang jeke licik bergurau?

"Siapa?" Reaksi muka Fredella berubah keruh. Seperti yang dijangka oleh suaminya.

Senyuman nakal Qayyum berterusan. Usapannya di rambut Fredella sudah berhenti. Jejaka itu bangun dari baringan, mencecahkan kaki ke lantai.

"Ada lah sorang tu... awak kenal—" Sengaja menggantungkan ayat. Qayyum menapak ke ruang persalinan. Meninggalkan Fredella yang masih berselubung dengan selimut.

Sepantas kilat tubuh Fredella menegak. Wanita itu mengengsot duduk dihujung katil. Dia menunggu sehingga selesai suaminya keluar dari ruang persalinan.

"Qay! Wait—"

Apabila kelibat Qayyum muncul keluar, terus Fredella mengejar langkah mendapatkannya. Jejaka itu sengaja memekakkan telinga. Pintu bilik mandi dikuak lebar.

"Siapa? Siapa orangnya? Saya kenal?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Wajah Fredella memaparkan riak selamba walaupun dia sedar jejaka itu tidak berbaju.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now