°∘∘35∘∘°

10K 902 29
                                    

"Hey! Hey! Relax lah!" Fredella cuba menenangkan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hey! Hey! Relax lah!" Fredella cuba menenangkan gadis itu. Dia menapak lebih rapat ke Qayyum.

Gadis itu menunduk sebaik sahaja Fredella berada di hadapannya. Nafas dikawal sebaik mungkin.

"Dia ada hutang dengan sayang ke? Kenapa kecut perut tiba-tiba ni?" Sikit lagi Qayyum nak fikir benda lain. Fredella dalam diam ketua gangster ke apa? Sampai pencuri pun takut dengan isterinya.

"Wait.. wait.." Apa yang Qayyum baru cakap tadi bagai berlalu ditiup angin. Tekun Fredella memeriksa gadis tadi. Topeng muka yang dipakai bukan menjadi masalah. Ligat otak Fredella mencari jawapan disebalik topeng muka itu. Mujur hanya bahagian hidung dan mulut sahaja yang ditutup.

Eh, mata perempuan ini macam...

"Macam pernah jumpa je sebelumni," Fredella membungkukkan tubuhnya agar lebih puas dia nak menilik. Ketinggian wanita itu hampir separas dengan suaminya. Disebabkan mangsanya pendek, jadi dia terpaksa membungkuk.

Qayyum hanya menonton gerak-geri Fredella. Apa yang dia perasan adalah, semakin isterinya merapatkan jarak, semakin gabra gadis itu.

"Jangan cuba buka mask saya!" Akhirnya terkeluar jua jeritannya. Dia berjaga-jaga dengan setiap tindakan Fredella.

"Saya?" Fredella dan Qayyum pandang sesama sendiri. Ada ke pencuri bahasakan diri dia 'saya'? Mereka berdua mendadak curiga.

Tidak lama selepas itu, Fredella menukar isyarat matanya.

"Sekarang ke?" Tanya Qayyum walaupun sudah faham dengan isyarat yang diberi.

"Esok sayang." Terlakar senyum sinis di bibir Fredella. Jelingan matanya hampir saja menikam Qayyum. Tajam!

Tiada respon dari Qayyum sebab dia tahu wanita itu sedang marah. Badan kekarnya kembali menegak. Dia mengubah posisi, berdiri di belakang gadis itu atas arahan Fredella. Dia disuruh untuk berdiri di belakang bukan saja-saja. Tapi untuk langkah berjaga-jaga.

"Upss, tak sengaja!" Fredella bertindak menarik topeng muka yang menutup separuh wajah gadis itu. Dia terpaksa tarik secara kasar sebab kalau dengan lemah lembut memang takkan tercabutlah mask itu!

"NO!!" Baru selangkah nak bergerak malangnya pergerakan terbatas dek kerana Qayyum yang sudah terpacak di belakang. Tangan gadis itu spontan naik menekup wajah. Mati akal dia apabila wajah sepenuhnya terlihat oleh Fredella.

Hampir jatuh dagu Fredella selepas dia berjaya melihat muka sebenar gadis itu. Dia... dia kenal! Cuma otak saja yang lambat berfungsi memikir namanya!

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now